2 Tips Penting Mulakan Bisnes dari Rumah dengan Modal yang Kecil

0
16
views

Senyum sorang2 bila terjumpa gambar zaman mula2 bisnes dulu. Rasa kelakar pun ada, tapi kalau takda yang dulu takda jugalah yang sekarang kan.

Gambar2 ni antara bukti2 kejahilan satu ketika dulu. Buat bisnes ikut sedap apa yang kita fikir. Pantang nampak benda macam boleh jual ja terus nak up iklan. 

Orang baru acah2 tanya ko dah kelam kabut setup macam konfem berduyun-duyun orang nak beli. Kajap ja orang dah habis excited dengan iklan ko maka senyap sepi lah idea bisnes dari langit tu.

Inilah perangai orang baru nak mula meniaga. Saya cakap dari pengalaman sendiri dan pengalaman bimbing ratusan agen. Bila kita buat bisnes dengan APA YANG KITA FIKIR, maka tunggulah saat melihat satu demi satu usaha itu gagal.

Tapi bila kita bisnes dengan APA YG SEPATUTNYA kita buat, walaupun lambat hasilnya akan tiba juga.

Buat kawan2 yang dah jual macam2 produk tapi masih tak nampak2 masa depan berbisnes, cukup2lah buang masa. Orang dah pergi sampai ke bulan kita tak sudah dok berenang dalam kolam ikan kecik belakang rumah ja.

Nak mulakan bisnes dari rumah dengan modal yang kecil buat 2 benda ni ja

Cari Mentor Bisnes yang Betul

Mentor yang dah berjaya lalui tahap yang kita nak capai. Kalau kita nak berjaya dalam networking binses, kena ada mentor yang dah berjaya dalam model bisnes tu. Jangan ikut mentor yang dah berjaya dalam bisnes retail pulak. Lain sepak terajangnya.

Lepas tu dah ada mentor kena la ikut apa dia cakap, kalau nak ikut kepala sendiri baik takyah ada mentor kan. Biar dinding ja jadi mentor, dah tersilap langgar dinding faham2 sendiri ja lepas tu.haha.

Bagi tempoh untuk fokus 1 bisnes sampai jadi

Masalah orang baru nak mula bisnes ni 1 ja, tak sabar nak dapat hasil. Bisnes bukan loteri, naik nombor ja terus kaya. Kalau macam tu semua orang bisnes dah kaya.

Bisnes ada fasa-fasa yang perlu dilalui. Bagi masa 6 bulan untuk diri anda buat 1 bisnes sampai betul2 jadi. Belajar tahan sabar tengok macam2 offer best produk lain. Kalau dah fokus dan all out habis-habisan tapi masih tak jadi lupakan terus bisnes tu dan mulakan yang baru.

Tapi hakikatnya kalau anda dah ada yang no 1 tu, sebulan all out pun anda dah mula boleh nampak hasil. Yang penting kena sanggup buat apa yang perlu buat untuk baik dalam bisnes. Jangan fikir nak buat benda yang kita suka ja.

Dah nama bisnes tu sama ja, makin lama nak bertahan, makin banyak income nak buat makin banyak la cabarannya. Takda istilah goyang kaki golek2 atas katil dapat sale berkepuk. Semua benda ada sunnatullahnya.

Kalau jual 1 jenama pun dah boleh dapat income yang ko nak, kenapa nak kena juai semua benda pastu hasil pun nampak tak nampak ja. 

Betul tak?

Kalau setuju jom kita all out buat sampai jadi apa yang ada di tangan kita sekarang. 💪

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge