20 Tips Penting Mengerjakan Umrah bersama Anak Kecil

0
16
views

Ini adalah catatan pengalaman umrah bersama anak kecil yang dikongsi oleh Puan Nur Dalila di laman Facebook beliau. Kami di sakinahamid.com terbitkan di sini dengan izin beliau untuk bacaan umum.

1. Pilihan Travel Agent

Pertama sekali masa kami decide untuk tunaikan umrah, kami survey Travel Agent (TA) melalui website, FB, tengok review dari orang dll. Bulan 3 2019, kami pergi Matta Fair di PWTC dan survey di setiap booth khas umrah sahaja.

Masa tu hati dah terpaut dengan TA Azzuha. Sebab mereka sahaja yang sediakan lawatan ke Taif secara percuma. Yang paling penting pakej berbaloi & hotel dekat. Bila bawa anak kecil cari TA yang sediakan pakej hotel kurang dari 100m, supaya mudah untuk ulang alik ke hotel & masjid.

2. Penerbangan direct (tiada transit) Kuala Lumpur – Madinah 

TA Azzuha juga sediakan penerbangan direct Madinah. Jadi tak perlu naik bas dari Jeddah ke Madinah. Cuma tambah RM350 bagi penerbangan direct Madinah. Kenapa kami beratkan yang ini, sebab untuk kurangkan keletihan anak2 yang dah melalui penerbangan 8-9 jam. 

Tapi, kita merancang, Allah yang menentukan. Seminggu sebelum berlepas, TA maklumkan Saudi Airlines batalkan semua penerbangan direct Madinah untuk bulan 9 & 10. Jadi perlu turun di Jeddah & menaiki bas selama 5 jam ke Madinah. Alhamdulillah anak2 ok je. Cuma penat sikit la. Mereka pun tidur je sepanjang perjalanan dalam flight & bas. 

3. Pengurusan dokumen anak

Lepas dah pilih TA dan bayar deposit, kami buat passport untuk anak. Lebih kurang 45 Hari sebelum tarikh penerbangan serahkan dokumen penting seperti gambar visa, salinan kad pengenalan, surat beranak & sijil nikah.

Yang dokumen ni leceh sikit. Sebab perlu cop pengesahan umrah dari jabatan agama & JPN. Kalau dari JPN sekejap je sebab semua maklumat online. Tapi dari jabatan agama ambil masa untuk mereka sahkan dari negeri kita nikah kalau bermastautin di tempat lain. 

4. Suntikan vaksin

Sebulan ke 2 minggu sebelum tarikh penerbangan perlu ambil vaccine meningococcal (wajib). Pneumococcal & influenza (optional) kami just ambil yang wajib & influenza. Kos untuk meningococcal RM145/seorang dan Influenza pula RM70 seorang (bergantung pada klinik)

5. Pilihan hotel

Bila bawa anak2 pilih la hotel yang dekat dengan masjid. Senang untuk berulang alik, tukar diapers dll. Anak2 tak merungut jalan jauh.

Di Madinah hotel kami jarak 80 meter sahaja dari pintu masjid. Manakala di Mekah 50 meter. Sebab nanti dalam masjid nak jalan lagi. Jadi Kita mudahkan anak2 dan kita juga 😁.

6. Hand carry luggage

Nak mudah bawa bagpack je. Letak diapers, baju salin, sweater ( tapi anak tak pakai pun sebab dah ada blanket dalam flight), kudap2, toys dalam 2/3 jenis.

SSC & cabin size stroller juga dibawa ke dalam kabin. Jangan bawa banyak sangat barang. Sebab kita nak handle anak lagi. Sebolehnya semua diletakkan dalam bag yang akan di check in. 

7. Botol air

Pengalaman Saya Naik AA & MAS sebelum ni bekas air boleh bawa. Tapi botol air mineral tak boleh. Masa di imigresen, kami bawa la seorang satu botol air. Dia minta kosongkan dan hanya boleh bawa 1 sahaja jika ada bayi 😑. Tapi dari Jeddah ke KLIA elok je bawak segala botol plastik isi air zam2 la macam2 takde pun kena buang 😅. Rules lain2 kan.

8. Tempat duduk baby bawah 2 tahun

Untuk yang bawa anak umur di bawah 2 tahun tiada seat. Jadi sila request untuk tukar seat hadapan supaya bassinet boleh dipasang dihadapan seat kita. Takkan gigih untuk riba anak sepanjang dalam flight kan. * subject to availability.

9. Baby carrier & stroller

Dua ni bagi saya sangat penting. Di Madinah most of the time guna SSC (soft structure carrier) lagi2 untuk ke masjid. Sebab stroller tak dibenarkan bawa masuk dalam Masjid. Diperkarangan sahaja boleh.

Jadi kalau anda tak kisah solat di dataran masjid boleh guna stroller. Pakai SSC untuk lebih selesa buat pengendong & anak yang dikendong. Narrow based carrier & hip seat tidak sesuai untuk jangka masa lama. Go google about it for more info.

Di Mekah, senang bergerak dengan stroller. Boleh bawa dalam masjid. Tapi ni bergantung pada musim anda pergi. Saya pergi lepas musim haji. Jadi orang belum betul2 sesak. Nak tawaf guna stroller pun boleh di Mataf. Cuma saya kurang suka sebab orang suka pintas dari tepi. Jadi takut terlanggar kaki orang.

Jadi masa kerja umrah pun saya pakai SSC je. Cuma lepas sai’e rasa macam dah tak rasa kaki & pinggang. 😂 lenguh! Mudah juga untuk nursing. This need to be practice. Saya memang dah biasa NIP/NIC since 1st born.

10. Suasana di Madinah

Madinah tempatnya tenang. Disebabkan hotel dekat, kadang2 dah azan baru gerak ke masjid. Sebab saya nak tak nak memang kena solat di kawasan belakang yang di khas untuk ibu & anak2. Jadi untuk orang lelaki, rebut la keluar awal dapatkan saf depan. 

11. Suasana di Mekah

Di Mekah jangan duk buat relax sangat. Lambat datang masjid, melepas peluang solat di Mataf. Pintu banyak ditutup, kena jalan jauh walaupun hotel dekat. Tapi kalau anda tak kisah solat dimana2 ok je. Saya rasa puas pula bila dapat nampak kaabah. 

12. Tempat solat

Saya suka solat ditempat yang sesak supaya yang kecil sekali tu tak merayap masa saya tengah solat. Boleh je nak pakaikan harness dan ikat pada Kita. Tapi Saya tak nak dia menjerit2 masa kita tengah solat dan mengganggu jemaah lain.

Jadi bila tempat solat padat dia tak kan pergi kemana2. Cuma ada sekali kami terlewat untuk solat maghrib, jalan banyak dah tutup. Kami terus ke rooftop masa tu memang seronok la dia dapat berlari2 tempat luas. Tawakal je la. 

13. Sai’e

Masa sai’e, ikut je rentak anak2 sebab jauh juga jarak tu. Satu perjalanan dah 450m kali 7 pula tu. Kalau penat berhenti la kejap ditepi. 

Masa ni kami biar anak2 buat apa je mereka nak. Macam auni setiap kali sampai di bukit safa @ marwah dia akan gelongsor disitu. Biarkan mereka enjoy supaya tak terasa perjalanan yang jauh tu. 

Masa di lampu hijau anak2 akan berlari2 bersama abahnya dan tunggu ibu di penghujung lampu hijau.  Bila mereka enjoy begitu sekejap je rasa. Asalnya saya risau sangat dengan auni, sebab dia paling tak suka jalan jauh.

Tapi ajaib sungguh Allah beri semangat yang tinggi buat Auni untuk habiskan sai’e tanpa rungutan langsung. Dia paling enjoy masa ni. Tapi setiap Kali penghujung bukit safa/ marwah memang akan berhenti untuk recharge makan sourdough cereal sambil tunggu ibu abah berdoa.

14. Tahalul

Selesai semua boleh la bertahalul. Walaupun anak2 tak niat tapi kita biar anak2 merasa sekali pengalaman umrah tu. Masa ni dia masih tak faham apa yang berlaku.😂

15. Umrah sunat

Jika anda tak mampu nak lakukan umrah sunat, tak mengapa jangan bersedih. Boleh juga perbanyakkan tawaf sunat. Untuk umrah wajib kami buat serentak.

Umrah sunat pertama saya tinggalkan Faris & Auni dengan mak. Carry Fahim dan buat bersama2 suami dan abah. Umrah sunat ke 2 Saya tak buat. Umrah sunat ke 3 kami balik dari Taif, perjalanan yang jauh. Jadi Saya bergilir dengan suami. Saya tidurkan anak2 siap2, susukan Fahim dan kemas barang2 sementara tunggu suami habiskan umrah.

Masa ni Kita dalam ihram. Kena sentiasa berhati2. Sebab Saya terlupa rendam baju dengan sabun. Tapi masa tersedar terus tinggalkan. Lepas suami balik baru saya pergi sorang. Feel sangat sebab dapat fokus ibadah betul2. 

16. Waktu rehat anak

Bagi anak rehat secukupnya bila ada waktu senggang. Matlamat Kita untuk maksimakan ibadah. Jadi kurangkan berjalan untuk shopping & window shopping 😆. Kami just tengok2 masa otw balik hotel yang sekangkang kera tu je. So very limited choice. Ada la p sat tu pun takde mood nak beli.

Kebanyakan dibeli waktu ziarah. Kami hanya beli kurma & kekacang, coklat & keychain diukir nama dalam bahasa arab untuk sourvenir. Bila bawa anak2 kita pentingkan mood anak2 dulu. 

17. Aktiviti santai anak

Saya pack mainan anak2 setiap satu jenis di dalam 1 zip lock bag. Jadi bila nak ke masjid boleh bawa 1 sahaja. Sementara tunggu azan, nak mengaji ke boleh biar mereka main untuk hilangkan kebosanan.

Selain tu kejar burung adalah aktiviti kegemaran anak2. Kat sana memang banyak sangat burung. Kalau di Madinah tu depan pintu 17 kalau tak silap, dekat tempat tunggu bas tu. Memang banyak disitu.

Di Mekah setiap kali pergi beli makanan di lorong kedai2 tu memang ni la aktiviti anak2 kejar burung. Seronok sangat.

18. Pakaian anak

Pakaian bergantung pada musim. Saya banyak bawa t-shirt cotton je kecuali Faris sebab dia memang ada banyak jubah. Seluar pakaikan legging cotton sahaja lebih selesa.

Sila bawa stokin untuk anak2. Sebab bila pijak lantai marmar samada panas disiang hari atau sejuk dimalam hari. Ini juga bergantung pada musim yang anda pergi.

19. Pakaian Ihram anak

Anak2 yang nak dipakaikan Ihram tak perlu pakai awal2. Boleh je ditukar masa di hotel di Mekah nanti. Tak perlu niat untuk anak2 sebab bukan senang nak jaga nanti supaya mereka tak langgar syarat 😂. 

Ada juga yang pakaikan untuk anak2 besar fahim. Comel sangat. Dah dibuat siap getah di pinggang supaya tak melorot. Boleh je pakaikan belt sahaja macam kami buat untuk Faris.

20. Tips masuk Raudhah bersama anak kecil

Bagi ibu yang bawa anak yang masih menyusu, anak saya direct feed jadi saya nursing in carrier. Kali ke 2 Saya masuk Raudhah saya bawa Fahim dalam carrier dan pimpin auni. Mencabar sikit sebab kesian auni berhimpit dengan orang dewasa.

Tapi sebab saya nak bagi dia merasa masuk Raudhah redah je la. Setiap masa saya tanya keadaan Auni. Masa saya dapat melepasi kawasan raudhah bila ada ruang saya terus solat sunat. Lepas tu cuba untuk ke depan lagi.

Bila ada ruang lagi saya solat. Lepas solat saya ingat nak merasa solat di saf paling depan. Tapi sebab dah lama bersesak2 dalam tu Auni pun dah mula nak nangis. Saya saya keluar ja la, kesian Kat dia pula. Hari terakhir di Madinah Saya pergi seorang diri. Masa ni seronok sebab dapat fokus betul2 solat & berdoa di dalam raudhah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge