Teringat masa kecik-kecik dulu, ayat keramat bila masuk Ramadan ‘Sapa tak posa, tak boleh raya’

Namun hakikatnya bila Syawal menjelma, yang puasa ke tak puasa ke semua dapat baru baru. Semua berjalan kutip duit raya sama-sama. Iya, mungkin itu cara pendidikan yang relevan semasa kita membesar. Dan Alhamdulillah teknik tu telah berjaya mentarbiah ramai umat Islam belajar puasa sejak kecil.

Tapi, zaman dah berubah. Perkembangan ilmu semakin pesat. Adakah kaedah kita mendidik anak masih sama seperti dulu-dulu?

Tepuk dada, tanyalah minda masing-masing. Hanya kita yang tau jawapannya.

latih anak puasa

Sempena dengan Ramadan yang mulia ini, suka saya berkongsi pengalaman pertama anakanda Fateh berpuasa. Alhamdulillah, tanpa dirancang kami dapat melatih anakanda Fateh mula berpuasa tanpa ugutan. Ia berlaku secara fitrah apabila dia sudah belajar mengenai puasa dari guru-gurunya di sekolah.

Selain itu, kebaikan Jurnal Ramadan ini juga telah menyuntik semangat anakanda Fateh untuk terus berpuasa. Alhamdulillah sehingga hari ini, 12 Ramadan anakanda Fateh masih setia berpuasa walaupun hanya sehingga habis waktu sekolah. Pada saya ia cukup sebagai latihan anak kecil berusia 6 tahun mampu mengawal diri tidak ke kantin pada waktu rehat dalam keadaan kawan-kawan sekelasnya masih lagi belum mula berpuasa.

Mari kita sama-sama lihat kebaikan di sebalik Jurnal Ramadan ini

1) Konsep catatan harian

Jurnal ini direka dengan aktiviti mengikut hari sepanjang bulan Ramadan. Secara tidak langsung ia membentuk mindset anak bahawa mereka akan berpuasa selama 30 hari atau selagi muka surat dalam buku tu tak habis. Catatan setiap hari mengenai Waktu solat, puasa, sedekah, solat terawikh dan berdoa melatih anak menilai pencapaian mereka sendiri sejak kecil.

IMG_20160527_222758 IMG_20160527_222835

Ada malam yang Fateh sendiri minta nak ikut abahnya ke surau, kerana balik nanti boleh tampal sticker untuk ‘tarawikh’!

2) Tarbiah Konsep Ramadan yang berpanjangan

Ilmu tentang puasa Ramadan sangat luas. Jadi nak mula dari mana? Kita sedia maklum daya tumpuan anak kecil adalah sangat singkat, apatah untuk memahami teori-teori ibadah seperti ini.

Pendekatan Jurnal Ramadan yang memperkenalkan anak-anak dengan 1 hari satu konsep Ramadan amatlah bertepatan dengan jiwa mereka. Sehari belajar tentang niat, kemudian kebaikan sahur, kemudian tentang sedekah dan sebagainya.

jurnal 2

jurnal ramadan 2

IMG_20160527_223104

Jadi anak mempunyai masa yang cukup untuk memahami semua konsep ini dan menjiwainya. Tanpa bantuan yang tersusun sebegini saya kira agak sukar untuk ibubapa mencari bahan-bahan dari pelbagai sumber dan disusun mengikut kesesuaian fitrah anak kecil.

3) Konsep ‘Reward’ 

Anak kecil sekitar 5 hingga 8 tahun memang sangat mudah untuk dihargai. Cukup dengan sekeping sticker dah membuatkan mereka merasa puas. Apatah lagi ditambah dengan pujian dan pelukan dari ibubapa.

Di dalam Jurnal ramadan ini disediakan sebuah pohon ramadan. Setiap hari anak akan lekat sticker apabila selesai berpuasa dan ibadah-ibadah lain. Aktiviti ini sudah cukup membuatkan mereka teruja melhat perkembangan mereka setiap hari. Sticker yang berwarna warna itu menjadi perangsang untuk mereka terus melakukan ibadah secara konsisten.

IMG_20160527_222650

Setiap hari usai pulang dari sekolah, sampai ja ke rumah cepat-cepat anakanda Fateh ambil sticker dan lekat pada Pohon Ramadan. Nampak kecil bagi kita, tapi kepuasan bagi anak kecil itu.

jurnalIMG_20160527_222622

Itulah antara kebaikan Jurnal Ramadan yang dapat saya kongsikan di sini. Hanya dengan merasai sendiri pengalaman membimbing anak menggunakan Jurnal Ramadan ini akan dapat memberikan kita merasai kebaikannya. Selamat membimbing anak-anak syurga memuliakan Ramalan Kareem.