Semalam saya membuat survey ringkas mengenai blackboard sticker di facebook. Alhamdulillah ramai ibubapa memberikan respon pengalaman penggunaan yang positif. Dalam pada itu masih ramai ibubapa yang ragu-ragu nak mendapatkannya untuk anak-anak kerana kurang pasti sejauh mana kebaikan blackboard sticker ini kepada anak-anak.

Lazimnya ibubapa hari ini sedar bahawa memberi peluang anak menconteng ada satu keperluan dalam perkembangan anak-anak. Namun kesan dari peluang yang diberi ini seringkali menyebabkan ruang kediaman kita menjadi mangsa. Dan bukan semua ibubapa dapat berlapang dada melihat dinding dan perabot yang berconteng. Apatah lagi jika tinggal di rumah keluarga besar atau rumah sewa.

Jadi blackboard sticker adalah penyelesaian  kepada isu ini kerana kebaikan-kebaikan yang akan saya kongsikan di sini.

Lebih murah

Rata-rata harga papan hitam dan papan putih yang berkaki berharga ratusan ringgit. Jika ada yang harganya rendah pun adalah yang bersaiz kecil ataupun kualiti sederhana. Bagi anak kecil yang imaginasinya sedang berkembang, melukis di ruang kecil akan mengurangkan kepuasannya. Kerana itu mereka suka menconteng dinding, kerana ia membawa kepuasan yang tersendiri. ^_^

Blackboardsticker

Jadi kos pelaburan untuk mendapatkan segulung blackboard sticker ini jauh lebih rendah berbanding papan tulis berkaki. Malah ibubapa boleh membeli beberapa gulung untuk digabungan menghasilkan satu ruang yang sangat luas untuk anak berimaginasi. Masya Allah.

Menjimatkan ruang

Kebanyakan rumah keluarga pada hari ini bersaiz kecil. Apatah lagi bagi yang tinggal di rumah apartment dan rumah teres di kawasan bandar. Memang terpaksa mencatu ruang supaya anak-anak juga mendapat tempat untuk berkreativiti. Jika ditambah pula dengan papan tulis berkaki, kawasan untuk anak bermain menjadi semakin sempit.

Di sini blackboard sticker memberikan penyelesaian yang sangat efisien. Ia langsung tidak menggunakan ruang lantai yang sudah sedia sempit itu. :-P. Kita hanya melekatnya pada dinding yang biasanya sudah pun menjadi sasaran untuk anak berkreatviti.

Saiz yang feksible

Kelebihan blackboard sticker ialah ia boleh dipotong dan dilekat mengikut kesesuaian ruang dan keperluan. Jika ruang kecil boleh dipotong mengikut saiz ruang. Untuk ruangan besar boleh gabungkan beberapa gulung blackboard sticker. Malah boleh juga dipotong pelbagai bentuk mengikut kreativiti tersendiri.

blackboardsticker

Bagi kegunaan anak kecil, blackboard sticker boleh dilekat pada paras mata anak. Ini adalah kedudukan yang selesa untuk anak melukis. Mereka akan merasa sebahagian dari lukisan tersebut. Ini menjadikan dunia imaginasi mereka semakin luas dan mengasyikkan. Jika anak diberi peluang berkreativiti begini selalu, in syaa Allah ibubapa dapat melihat hasil kreativiti mereka yang tidak dijangka.

Dengan kelebihan yang ada pada blackboard sticker ini, saya yakin ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Ditambah pula sekarang sudah ada pilihan liquid chalk yang tidak berhabuk. Ini menjadikan penggunakan blackboard sticker sangat efisien sebagai ruang untuk anak berimaginasi.

Untuk tempahan blackboard sticker boleh hubungi +60194715407.