3 Perkara Asas Rawat Anak Selsema Cara Alami

2
187
views
anakselsema

Semalam saya ikuti perbincangan di sebuah grup ibubapa. Rata-rata ibubapa bertanya mengenai masalah dalam perkembangan anak kecil. Dan antara masalah yang menjadi kebimbangan ramai ibubapa ialah selsema dan batuk.

Selsema ni sebenarnya bukanlah masalah yang terlalu besar kan. Selsema adalah proses semulajadi badan beradaptasi dengan virus atau bendasing seperti habuk. Namun bila selsema itu berlarutan, warna nya berubah dan anak mula menunjukkan tanda tidak selesa, ia mula mengundang kebimbangan bagi seorang ibu terutamanya.

anakselsema

Sebagai ibubapa, kita perlu faham bahawa badan anak perlukan masa beradaptasi dengan kehadiran virus baru. Proses penyembuhan akan berlaku secara semulajadi. Namun dalam tempoh itu, ada 3 perkara asas rawat anak selsema cara alami yang perlu ibubapa beri perhatian.

Sediakan persekitaran yang bersih dan segar

Semasa sakit, sistem imun anak sedang lemah. Sangat mudah untuk dijangkiti semula dengan virus di sekitarnya. Tukar cadar dan sarung bantal yang anak guna. Jemur bantal/tilam anak di bawah cahaya matahari.

Bersihkan habuk pada kipas dan persekitaran anak. Sebaiknya anak yang selsema elakkan tidur menghadap kipas meja/berkaki. Aliran udara akan membawa masuk habuk ke saluran pernafasan.

anakselsema

Mop lantai dengan air panas atau antiseptik seperti cuka. Buka pintu dan tingkap supaya udara mengalir dengan baik dan lebih segar. Kebanyakan saiz rumah hari ini kecil dan banyak barang. Udara yang terperuk ini tidak segar untuk pernafasan anak.

Beri anak rehat secukupnya

Sakit adalah petanda badan perlukan rehat. Tambahan pula kehidupan si kecil yang sangat aktif, mereka belum dapat uruskan antara keseronokan bermain dan keperluan badan untuk rehat.

Jadi bila anak sakit, bagi peluang untuk dia berehat sepenuhnya. Elakkan bawa anak yang tidak sihat keluar ke tempat awam. Anak yang terlalu letih semakin lambat sembuh. Kadang saya pelik dengan sikap ibubapa, kata risau anak tak sihat. Tapi bawa anak keluar semasa urusan harian ke bank, bawa ke pusat membeli belah dan makan di tempat yang ramai orang.

anakselsemadisekolah

Semakin ramai orang yang kita jumpa, semakin tinggi risiko bertemu dengan pelbagai virus bahaya. Jika perlu bawa keluar atas urusan penting, uruskan dengan segera bukan bersenang lenang seperti orang sihat. Selain mudaratkan anak sendiri, ini juga menyebarkan virus pada anak kepada orang lain. Dah menyusahkan orang lain.

Perhatian dan sokongan moral

Anak yang sakit perlukan semangat untuk melawan rasa tidak selesa. Rasa positif untuk redho dan berusaha untuk sembuh akan membantu anak menghadapi sakit dengan lebih baik. Sentiasa bersama anak, banyakkan sentuhan, pelukan dan cakap perkara yang positif bersama anak.

Jangan hanya biar anak buat hal sendiri bersama gajetnya. Anak sakit bukannya hari-hari. Mungkin ini juga ruang yang Allah bagi untuk menggantikan masa-masa sibuk kita yang menyebabkan kurang perhatian ke pada anak.

Disamping 3 perkara asas ini, bolehlah ibubapa mencuba petua-petua hilangkan selsema yang telah diamalkan turun temurun. Banyak petua-petua yang berkesan kepada ramai orang seperti sapu air kunyit, mandian lemon, garlic socks dan sebagainya.

Penggunakaan essential oil seperti yang terdapat dalam balm CoughCold Tasneem Naturel ini juga dapat membantu meredakan selsema anak secara alami. Untuk maklumat lanjut boleh klik di SINI.

CoughcoldTasneemNaturel
Kandungan essential oil di dalam balm Coughcold ini dapat membantu mengeringkan hingus dan mengeluarkan kahak

Ini semua adalah usaha kita untuk merawat anak. Hanya Allah yang Maha Penyembuh jualah yang akan memberikan kesembuhan. Ajaklah anak sama-sama berdoa semoga kesihatan pulih sedia sedia kala. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari musibah dan penyakit berbahaya. Ameen.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here