3 Punca Tempat Khatan Lambat Sembuh

1
265
views

Yea..anakanda Fateh dah sunat :-D.

Selesai satu perkara penting dalam kamus hidup anak teruna kan. Alhamdulillah. Sebenarnya ummi takda perancangan yang serius pun untuk khatankan anakanda Fateh pada usia 6 tahun ni. Tapi memang atas permintaan dia sendiri. Dah berkali-kali dia minta dikhatankan sejak cuti sekolah bulan jun tempohari.

Kebetulan suami nak cutikan kami kat rumah mertua di kelantan lebih seminggu, saya pun fikir alang-alang duduk saja baiklah khatankan saja anakanda Fateh. Umminya memang relax ja la memang tak tau sangat pun pasal jagaan orang bersunat ni. Bila anak sendiri bersunat barulah ada ilmu sikit cara jagaan yang betul.

Dan luka khatan anakanda Fateh ni agak lambat sembuh berbanding ‘cakap-cakap’ orang. Orang kata budak-budak cepat sembuh, 3 hari dah boleh pakai seluar. Saya ambil pendekatan ‘just wait n see’. Dan hasilnya memang tak secepat itulah. Jadi di sini saya kongsikan analisis tak rasmi saya kenapa luka khatan anakanda Fateh lambat sembuh

Khatan ketika masih ‘buta’

Pernah dengar kan budak-budak dulu tak jadi khatan sebab kemaluannya masih ‘buta’ atau tak lepas had. Masa bawa anakanda Fateh pergi klinik tu saya bersedia ja mungkin tak jadi khatan atas faktor ni. Tapi rupa-rupanya saya tak tau zaman dah guna ubat bius untuk khatan ni, kalau ‘buta’ pun khatan tetap akan dijalankan.

Jadi ada 2 tempat pada kulit bahagian depan tu telah ‘disiat’. Tempat ini menjadi luka tambahan selain luka jahitan. Dan luka ini lebih lambat kering dari luka jahitan kerana mengandungi air bisa. Jagaannya juga lebih remeh sebab kat bahagian depan. Bila pakaikan seluar bahagian ni lah yang akan rasa tak selesa.

Jadi sebelum khatankan anak ibu-ibu kena pastikan anak ‘lepas takok’ kata oghe kelate. Sebenarnya ada cara nak bantu cepat lepas takok tu, cuma saya tak belajar pun la. Mertua saya kata kena selalu suruh anak ‘main-main’. Caranya macam mana kome cari la sendiri ya.

Saya ada juga bertanya dengan mudim yang khatankan anakanda Fateh tu, bila usia yang sesuai untuk khatan. Katanya dalam usia 9 tahun biasanya kulit dia lebih bersedia untuk proses khatan. Macam Fateh ni memang dia kata kulit muda, jahitan pun agak mencabar sikit.

Pendarahan di tempat jahitan

Alhamdulillah proses khatankan anakanda Fateh berjalan lancar. Mungkin sebab dia sendiri yang minta, jadi dia langsung tak menangis sepanjang proses khatan sampai lah sihat. Jadi malam lepas khatan tu kami pun balik dengan tenang dan terus tidur. Anakanda Fateh tidur dengan suami saya yang dah memang kepenatan beberapa hari tidur lambat.

Alhamdulillah dia langsung tak jaga sepanjang malam, tapi bila dah pagi barulah sedar dia tidur dengan kepit kemaluannya yang baru dijahit. Maka berlakulah pendarahan semula. Bila ada pendarahan di tempat jahit, memang luka akan ambil masa untuk sembuh. Malam esoknya barulah umminya insaf set jam loceng setiap sejam untuk kejut dia betulkan cara tidur.

Memang budak-budak tidurnya masih lasak kan. Jadi kita lah yang kena pastikan anak tak kepit tempat jahitan tu terutamanya hari-hari awal selepas bersunat. Kalau anak ibu-ibu jenis tidur meniarap tu sila lah fikir macam mana nak uruskan anak.

Luka lambat kering sebab tertutup

Biasanya lepas sunat budak-budak tidur dengan kain pelikat gantung tu kan. Tapi kami pantang kat rumah baru, mana la nak cari alang gantung kain kan. Nak mudah kami tutup la bahagian tu dengan cawan aiskrim saiz besar tu kan. Senang la kerja kami anak nak gerak sana sini waktu siang. Bila malam saya buka ja kain pelikat tu biar terdedah pada kipas.

Tapi sebenarnya guna cawan kertas tu luka ambil masa untuk kering. Yer la kan, mana ada ruang udara nak masuk. Kalau kain pelikat tu boleh jugak udara masuk kan. Masa mula-mula tu anakanda Fateh masih segan dengan semua orang kat rumah mertua saya. Tapi lepas 3 hari dia pun dah jarang gunakan cawan kertas tu, biar luka tu terdedah pada udara baru la cepat keringnya.

Al kulli hal Alhamdulillah selepas hari ke 9 semua luka jahitan dan luka ‘disiat’ itu dah kering dengan baik. Ini adalah pengalaman saya menguruskan anakanda Fateh sepanjang berpantang. Saya catatkan di sini sebagai panduan terutamanya ibu anak sulung supaya¬†dapat menguruskan anak-anak kecil melalui pengalaman berkhatan yang lebih baik in syaa Allah.

 

Previous articleAnak Tak Kenal Huruf
Next articleAnak Cepat Lupa Apa Yang Dah Belajar
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here