Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Anak berebut mainan adalah sesuatu yang menjengkelkan perasaan ibubapa. Dan seringkali juga ibubapa mengambil inisiatif untuk membeli mainan yang sama bagi setiap anak. Ia mungkin sesuai bagi mainan tertentu, namun bagi mainan yang boleh dimainkan bersama sebaiknya kita mengambil peluang itu untuk melatih anak berkongsi mainan.

Kemahiran berkongsi adalah penting bagi semua orang. Ia sesuatu yang mengambil masa untuk diterapkan. Jadi adalah sangat bagus apabila ibubapa sendiri menerapkannya berbanding membiarkan anak membesar dengan sikap enggan berkongsi sehingga ke alam persekolahan.

3 teknik untuk galakkan anak berkongsi mainan ini sesuai dipraktikkan apabila ada salah seorang anak sudah memahami dan mengikut arahan.

Teknik 1

Maklumkan kepada anak-anak sebelum membeli mainan baru. Mainan yang baru dibeli itu hendaklah dimainkan bersama-sama nanti. Minta persetujuan dari anak untuk mengiyakan syarat tersebut, barulah boleh mula bermain mainan tersebut.

DSC_0609

Teknik 2

Duduk bersama anak semasa mereka bermain. Kerana kebiasaannya anak yang lebih kecil akan bermain tanpa mengikut kaedah yang betul. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada si abang/si kakak. Jadi ibubapa perlu berada di situ untuk menyesuaikan cara mereka bermain.

DSC_0652 DSC_0593DSC_0593

Teknik 3

Beri peluang anak bermain seorang diri pada waktu lain. Setiap anak mempunyai cara tersendiri untuk bermain, dan perkongsian secara umumnya akan menghadkan kepuasan mereka bermain. Pada waktu yang sesuai contohnya abang ke sekolah, beri peluang adik bermain seorang diri sepuasnya. Ataupun ketika adik tidur,  biarkan abang bereksplorasi sepuasnya.

DSC_0657

Itulah 3  teknik untuk galakkan anak berkongsi mainan yang telah saya praktikkan dan berkesan, Alhamdulillah. Yang penting setiap kali anak berjaya berkongsi mainan dengan baik, berikan pujian dan pelukan kepada mereka. Anak akan belajar bahawa itu adalah sikap yang betul dalam kehidupan.

Semoga perkongsian  teknik untuk galakkan anak berkongsi mainan ini dapat membantu ibubapa memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam pendidikan anak-anak, in syaa Allah.

p/s : Mainan magnetik adalah salah satu mainan yang boleh memberi pengalaman anak berkongsi mainan. Baca di SINI untuk maklumat lanjut.