3 Tips Mengajar Anak Secara Santai

0
51
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

+ Mulakan seawal mungkin

Sebaiknya ketika anak masih belum pandai menolak. Kerana itu terdapat banyak bahan-bahan rangsangan untuk bayi dalam bentuk kad imbas dan buku. Kerana pada usia bayi, anak belum ada reflex menolak. Mereka akan serap apa sahaja yang kita tunjukkan walaupun belum memberi respon.

Berbeza dengan anak yang sudah boleh bergerak sendiri dan bercakap. Mereka sudah ada idea untuk menolak apabila di ajak belajar. Namun yang penting proses pembelajaran mestilah menyeronokkan buat sekecil. Ia boleh diperhatikan daripada respon balas dan minat yang ditunjukkan oleh anak tersebut.

sofbook
+ Letakkan bahan-bahan pengajaran di tempat yang mudah dicapai 

Aktitviti pembelajaran di rumah tidak perlu terlalu formal. Cukup sekadar mengimbas beberapa keping flashcard, diikuti dengan nyanyian lagu berkaitan. Walaupun sedikit, tapi apabila dilakukan dengan kerap akan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam ingatan anak-anak.

Jadi satu tips mengajar anak dengan konsisten, letakkan bahan-bahan seperti flashcard dan buku di sekitar tempat anak bermain. Bila tengok mood anak baik, terus capai dan buat. Hentikan sebelum anak bosan ataupun menolak.

DSC_0689
+ Tekankan untuk membina MINAT anak untuk belajar

Ya, bukan kandungan pembelajaran itu yang utama. Tetapi pembentukan minat anak kepada aktiviti pembelajaran. Biar anak suka dengan membelek gambar, suka membelek buku mahupun apa sahaja bahan pembelajaran. Bila anak dah minat, mereka akan sentiasa bersedia untuk belajar. Malah akan sampai masanya anak pula yang ingatkan bila kita terleka.

Dan tips mengajar anak yang paling penting ialah, mengajar kerana ia adalah tanggungjawab kita sebagai ibu. Bukan untuk penilaian sesiapa.

Selamat beramal!

Previous articleUniknya mainan Labyrinth
Next articleMerungkai dan Mencantum
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here