Saya tak cukup masa!

Kita sangat biasa dengar benda ni kan, dan mungkin kita pun pernah sebut. Hakikatnya semua orang dikurniakan 24 jam sehari. Tapi ada orang yang boleh capai macam-macam benda dalam hidup, ada yang masih terkial-kial nak menguruskan kehidupan.

Saya pernah ikuti program pengurusan masa dan ini 3 perkara asas yang boleh membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik.

Ada matlamat hidup yang jelas

Perkara paling asas ialah pastikan kita ada matlamat hidup yang jelas. Matlamat jangka panjang, sederhana dan pendek. Keutamaan masa kita sekarang adalah pada matlamat jangka pendek dan sederhana.

matlamathidup

Tulis setiap matamat dengan jelas, barulah kita akan nampak ke mana masa kita perlu difokuskan.

Pengurusan masa harian

Bila sudah ada matlamat yang jelas, barulah boleh buat pengurusan masa harian. Sebaiknya ia jadual rutin yang mempunyai blok-blok masa ikut fokus tertentu. Blok masa untuk ibadah, kerja rumah, urus anak, kerja pejabat atau bisnes dan urusan lain. Blok masa akan melindungi kita dari terlajak pada satu tugasan sahaja.

jadualbekerjadarirumah

Setiap hari perincikan jadual harian itu dalam bentuk checklist supaya tidak ada yang tertinggal terutamanya tugasan bukan rutin.

Buang benda yang tidak penting

Buang semua benda yang tidak berkaitan dengan matlamat anda. Jika ia barang, keluarkan dari rumah anda. Contohnya dulu kita suka buat kek, suka berkebun atau berkraf. Tapi sekarang kita tidak dapat fokus pada perkara tersebut dan sudah lama barang-barang tu terperosok di bucu bilik. Keluarkan dari rumah, jual atau berikan pada mereka yang memerlukan.

springcleaning

Rumah yang terlalu banyak barang yang tidak perlu akan menggangu pengurusan masa yang efisien

Hidup anda hanya perlu dikelilingi dengan benda-benda yang penting, supaya masa dan fikiran tak perlu dibazirkan dengan perkata yang tidak bernilai untuk kehidupan.

Jika ia hubungan, contohnya grup wasap yang tiada kaitan dengan fokus anda, tinggalkan grup itu. Jika ia sebuah bisnes dan anda tidak dapat fokus, tinggalkan bisnes itu. Tak perlu rasa bersalah, rugi dan sebagainya kerana kita memang sudah lama rugikan masa buat kerja yang tidak efisen.

Buat 3 perkara ini dan anda akan lihat bagaimana minda anda lebih fokus pada matlamat yang mahu dicapai dan lebih pencapaian positif akan hadir dalam hidup anda.

Tak perlu percaya, buat sahaja!