4 Sebab Penting Perlu ada Impian Hidup, Sebab Yang Akhir tu akan Buat Anda Gembira Setiap Masa

0
11
views

Saya sedang baca sebuah buku terkenal yang ditulis oleh John C. Maxwell ; 3 Things Succesful People do. Beliau ada penulis best seller New York Times. Buku beliau antara yang sering disebut sebagai bacaan wajib buku-buku motivasi kejayaan.

Dalam satu bab buku ini cerita macam mana powernya hidup kita bila ada impian. Ada 3 benda penting yang akan berubah bila kita ada impian.

Menjadi petunjuk hala tuju hidup

Kita tak pernah orang yang sangat berjaya berkongsi mereka tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup. Tak pernah. Yang ada adalah mereka yang sangat jelas apa yang nak dicapai dalam hidup dan sangat bersemangat berkongsi impian mereka.

Impian akan jadi kompas petunjuk ke mana hala tuju hidup kita. Orang yang mempunyai impian untuk masuk syurga akan ada corak kehidupan sendiri, pastinya jauh beza dengan orang yang takda kesungguhan nak ke syurga kan.

Misi yang jelas akan menjadi pendorong kuat untuk terus berusaha

Impian meningkatkan potensi diri

Bila kita mempunyai impian, kita akan melihat ada sinar baru dalam kehidupan. Kira dapat merasakan potensi dalam diri melonjak naik dengan tiba-tiba. Setiap peluang kita rebut, sumber yang ada dimanfaatkan sebaiknya, bakat yang ada dikembangkan seiring dengan impian kita.

Dan perkara ini tidak akan berlaku jika kita hidup dalam kegelapan tanpa impian yang jelas.

Anak kecil yang dibiarkan bebas berimpian akan membesar sebagai seorang yang mempunyai self esteem yang tinggi

Menentukan prioriti hidup

Impian hidup jugak akan buat kita ada prioriti dalam hidup. Apa yang penting untuk membantu kita capai impian tu, kita akan fokus, Benda yang tak penting kita boleh tinggalkan dengan mudah. Kita akan buat sesuatu sebab memang kita nak buat benda tu, bukan sebab orang lain.

Jika dulu sukar untuk membuang tabiat buruk, tapi semangat membara untuk mencapai impian akan memudahkan kita meninggalkan apa yang tak penting dalam hidup kita.

Memberi nilai pada setiap perkara yang kita buat

Impian yang best nya akan bagi value pada apa saja yang kita buat. Kat sini penulis cerita satu kisah seorang wartawan tanya 3 orang pekerja binaan

Bila tanya pekerja pertama “Awak buat apa?”
pekerja tu jawab “cari makan”

Bila tanya pekerja kedua “Awak buat apa?”
pekerja tu jawab “awak nampak kan saya buat apa, bancuh simen”

Kerja yang dilakukan kerana gaji dan keperluan hidup akan menjadi beban setiap hari

Lepas tu wartawan tu nampak seorang pekerja yang tersenyum dan bersiul-siul sambil bekerja, dia pun tanya

“Awak buat apa?”

Pekerja tu berhenti dan menjawab dengan excited “Saya sedang sediakan tempat berlindung untuk homeless”

Sambil mengelap tangan beliau sambung dengan gembira “Tengok, dekat sana tu dapur, sebelah sini dorm untuk wanita, dekat sini…”

3 orang lelaki dengan pekerjaan yang sama, tapi hanya yang ke 3 mempunyai motivasi dan impian yang besar. Impian telah menjadi added value pada segala penat lelahnya.

Impian yang indah akan membuatkan kita boleh tersenyum walaupun dalam kelelahan

Kesimpulannya,

Setiap hari kita akan bangun untuk meneruskan rutin kehidupan. Adakah apa yang kita lakukan hari ini akan membawa kita semakin dekat pada impian atau sebaliknya?

Tanpa impian, orang miskin akan kekal miskin. Tanpa impian, orang kaya pun boleh jatuh miskin. Dengan impian, segala apa yang kita mahukan berlaku pada masa depan akan menjadi pendorong yang kuat untuk kita meneruskan kehidupan setiap hari.

Usah takut bermimpi kawan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge