Bagi ibubapa yang mempunyai anak sedang membesar, aktiviti menunggu lama akan mengundang kerisauan. Tempat-tempat seperti hospital, klinik dan urusan kaunter biasanya perlu mengambil masa yang lama menunggu sebelum berurusan.

Dan fitrah anak kecil yang cepat bosan itu menyebabkan aktiviti menunggu seringkali bertukar menjadi caca-merba. Selain itu mereka juga sangat suka bereksplorasi di tempat baru. Mereka sangat bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti di saat ini.

Ini semua jika tidak diuruskan dengan baik akan membawa tekanan kepada ibubapa seterusnya anak kecil yang tak berdosa ini dimarahi dan dipaksa duduk diam. Dan seringkali juga ia akan berakhir dengn ibubapa memberikan gajet kepada anak mereka. Penyelesaian ini bila sering diamalkan akan membawa gejala ketagihan gajet.

ketagihangajet

Di sini saya kongsikan 5 aktiviti yang dapat dilakukan bagi mengisi masa menunggu bersama anak. Ia bukan sahaja untuk mengelakkan mereka bosan, malah dapat merangsang anak untuk rajin berfikir.

Siapa saya

Sebut ciri-ciri benda tu, dan minta anak teka. Contohnya semasa menunggu di hospital

“Saya bantu doktor, saya pakai baju putih. Siapa saya?”

“Nurse!”

Santai ja kan. Boleh ubahsuai soalan ikut tahap umur. Boleh juga lanjutkan dengan benda-benda yang ada disekitar dan apa yang anak sudah tahu. Contohnya mainan teka haiwan sangat mudah untuk kanak-kanak kerana sedari awal anak kecil sudah tahu ciri-ciri haiwan. Aktiviti ini merangsang anak berfikir dan dapat menambah kosa kata.

Siapa yang..

Mainan ini lebih menarik jika lebih dari 2 orang. Hanya sebut ciri-ciri yang ada pada ahli yang bermain, dan kena angkat tangan dengan cepat.

“Siapa yang pakai baju hijau”

“Siapa yang suka makan aiskrim”

“Siapa yang berdiri” – semua pun kalut-kalut nak duduk 😛

Cuba Cari

Aktiviti Cuba Cari sangat sesuai di tempat yang ada banyak barang, contohnya di pejabat pos

“Cuba cari kerusi warna merah”

“Cuba cari pemadam api”

“Cuba cari huruf Z”

Banyak benda boleh cari kan. Setakat 10 minit anak tak sempat nak bosan in syaa Allah.

Baca info

Bagi anak yang sudah mengenal huruf dan boleh membaca, manfaatkan info yang ada di sekitar ruang menunggu. Kebiasaannya di klinik ada pelbagai carta dan poster di dinding. Bagi anak kecil boleh lah ditunjukkan gambar dan diceritakan kandungan gambar.

Anak yang sudah boleh membaca boleh diminta membaca tajuk poster. Dengan tajuk itupun anak sudah mula bertanya macam-macam soalan. Dan itulah peluang mengisi masa anak untuk menambahkan pengetahuannya.

Mak tak tau nak jawab? Google kan adoo.. 😛

Beri tugasan

Secara fitrahnya manusia seronok bila dia ‘diperlukan’. Biasakan beri tugasan pada anak semasa menunggu. Anak yang sudah boleh duduk diam minta dia tengok skrin nombor panggilan. Mereka akan jadi sibuk kerana nombor berubah-ubah.

Anak yang masih kecil boleh diminta mengira bungkusan yang hendak di pos. Membuang sampah-sampah kecil dan sebagainya.

budakpossurat

Atau paling takda benda nak buat,  keluarkan pensel dan kertas untuk anak – silalah ‘melukis’ sepuas hati!

Mak kena bawak kertas ke hulu hilir? Ya la, barang mekap boleh bawak tak kan pensel kertas ringan tu tak boleh standby dalam beg kan. Nak anak behave kan.

Mudah kan 5 cadangan aktiviti ini. Ia mudah bila kita bersedia untuk isi masa anak dengan sebaiknya. Namun anda akan menemui seribu satu alasan jika anda mahu bersenang lenang dengan gajet mahupun termenung tanpa kesudahan.

Jadi cara yang senang, bagi ja gajet kat anak. Settle!

Tak payah fsusah-susah nak fikir kan. -__-

Tapi nanti bila anak tu ketagihan gajet jangan la menyesal pulak. Apatah lagi bila perkembangan anak tak selari dengan umurnya, tak perlu salahkan sesiapa ya. Sila salahkan diri sendiri yang tiada ilmu mendidik anak-anak. ^_^

Wallahualam.