5 Aktiviti untuk Bina Otot-otot Kecil di Jari Anak

8
356
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

Badan kita terdiri daripada otot-otot besar dan otot-otot kecil. Pembinaan otot-otot ini perlu dirangsang supaya perkembangannya lebih optimum. Perkembangan otot-otot kecil di jari yang sempurna dapat membantu anak-anak membuat kerja-kerja halus dengan lebih baik.

Antara kelebihannya anak lebih cepat pegang pensel dengan betul, anak boleh melukis dan mewarna dengan kemas serta mempunyai sensiviti yang lebih baik. Mari kita semak apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otot-otot kecil di jari jemari anak.

ikat tali kasut

1) MENGUTIP BENDA KECIL

Kebiasaan anak kecil mengambil benda menggunakan tapak tangan. Tetapi apabila mengutip objek kecil, anak akan terlatih menguncupkan jarinya atau menggunakan 3 jari untuk memegang objek tersebut.

IMG-20150728-WA0024
Bermain logo bersaiz kecil akan meningkatkan kemahiran anak memegang objek kecil dengan kemas

2) MEMASUKKAN BENDA KECIL KE DALAM LUBANG

Untuk memasukkan benda kecil seperti duit syiling ke dalam tabung, anak terpaksa menggunakan 3 jari untuk melakukannya.

IMG_20150211_190535
Mainan ‘mushroom nail’ hanya boleh dimainkan dengan 3 jari

3) MENYUSUN

Aktiviti menyusun memerlukan kepada banyak perubahan pada struktur-struktur jari. Proses yang berulang-ulang ini akan membantu otot-otot kecil berkembang dengan lebih sempurna.

vege
Jari anak dilatih cara memegang pensel dengan betul semasa bermain wooden knob puzzle ini.
IMG-20150722-WA0004
Mainan puzzle bersaiz kecil juga memerlukan anak memegang dengan 3 jari

4) MEMUTAR

Semasa memutar, daya tekanan yang lebih perlu diberikan kepada jari. Keadaan ini akan memantapkan lagi fungsi otot-otot kecil pada jari.

screw car_finish
Pilihan mainan yang mempunyai skru memerlukan anak memutar dengan daya yang cukup

 

5) MEMBINA BLOK
Anak-anak kecil memang sukakan mainan blok terutamanya yang berwarna warni. Mereka boleh bermain untuk tempoh yang lama kerana keunikan mainan blok itu sendiri. Tanpa disedari, semasa bermain anak akan menggenggam & memegang dengan 3 jari bersilih ganti. Senaman ini sangat bagus untuk menguatkan otot-otot kecil pada tangan si manja.

sebelum keluar jalan
Bermain blok memerlukan anak memegang dengan cermat. Jika tidak binaan akan selalu runtuh/senget

 

Dan semua ini akan membantu anak menulis dengan lebih cepat, In syaa Allah.

Selamat merangsang otot kecil anak-anak!

Diubahsuai dari artikel Puan Ashikin Hashim, Childhood practitioner.

 

Previous articleAnak-anak Syurga
Next articlePanduan Memilih Mainan untuk Anak 1 Tahun
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here