Semua ibubapa akan teruja buat persediaan untuk sambut si manja. Seboleh mungkin kita nak berikan yang terbaik dalam semua perkara untuk anak-anak.

Namun tak semua benda yang kebanyakan orang lain buat kita pun perlu ikut. Contohnya dalam memilih produk untuk bayi, banyak produk-produk terkenal di pasaran sebenarnya tidak perlu dan tidak selamat untuk digunakan pada bayi kita.

BahanKimiainiPerluDielakkandalamProdukBayi
Bukan semua produk yang dijual perlu dibeli kepada anak kecil

Bagaimana nak tahu? Mudah sahaja. Sebelum beli pastikan semak kandungan produk tersebut. Pastikan ia tidak mengandungi 5 bahan kimia di bawah ni.

Talkum (talc)

Talkum ialah serbuk mineral yang ditambah dalam bedak bayi. Ia bertindak sebagai agen pengeringan, tetapi dalam masa yang sama boleh mendatangkan kesan sampingan kepada sistem pernafasan. Kadangkala bedak bayi yang dilabel ‘talc free’ masih mengandungi talkum dalam senarai kandungannya. Sila berhati-hati ya!

Penggunaan bedak yang mengandungi talkum boleh menjejaskan sistem pernafasan terutamanya bayi.

Pewangi (Fragrance)

Produk bayi dicipta dengan bau yang membuatkan ibubapa merasakan itu adalah bau bayi. Hakikatnya bayi tak perlu kepada sebarang wangian.

Wangian ini sebenarnya ditambah oleh pengeluar untuk menutup bauan bahan kimia di dalam produk bayi tersebut. Kebiasaannya wangian ini diperbuat daripada bahan kimia sintetik berasaskan petroleum.

Kesan terdedah pada wangian dalam tempoh yang panjang boleh mengganggu pernafasan, sistem saraf dan mata bayi.

Minyak mineral (Mineral oil)

Minyak bayi pada asasnya diperbuat daripada minyak mineral yang dicampur dengan pewangi (fragrance), gabungan 2 bahan yang sangat memudaratkan.

Bahan Kimia ini Perlu Dielakkan dalam Produk Bayi

Minyak yang terbaik untuk bayi adalah yang selamat untuk dimakan

Minyak mineral adalah produk sampingan pemprosesan petroleum. Bahan murah ini bertindak menyelaputi permukaan kulit bayi sekaligus menghalang proses pembuangan toksin melalui kulit. Ini menyebabkan toksin berkumpul dalam badan dan boleh membawa kesan buruk untuk jangka panjang.

Minyak tumbuhan bukan sahaja selamat malah mempunyai pelbagai khasiat yang memberi kebaikan kepada bayi

Pilihlah minyak dari bahan semulajadi berasaskan tumbuhan seperti minyak pati (essential oil), minyak zaitun dan minyak kelapa yang lebih cepat meresap ke dalam kulit serta memperolehi kebaikan-kebaikan dari tumbuhan semulajadi.

Tricolasan

Produk bayi yang mempunyai label ‘anti bakteria’ kebiasaannya mengandungi triclosan yang bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Namun triclosan sebenarnya berbahaya kepada bayi kerana berisiko menggangu hormon dalam badan. Ia juga boleh menyebabkan kulit kering dan iritasi kulit.

Bayi tidak perlu menggunakan bahan anti bakteria kerana mereka sedang membina daya tahan tubuh dan imuniti secara semulajadi. Penggunaan triclosan akan membunuh bakteria baik pada bayi dan menyebabkan mereka kurang pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

Hanya biarkan bayi beradaptasi dengan persekitaran secara semulajadi selagi tidak memudaratkan.

Paraben

Bahan kimia ini ada di mana-mana walaupun umum mengetahui ia berbahaya untuk bayi. Ia adalah sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan. Paraben boleh didapati dalam semua sabun, syampu, dan pelembap termasuk yang dipasarkan kepada bayi.

Malangnya paraben mengganggu sistem endokrin yang sangat berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Elakkan bergantung pada produk yang mengandungi paraben berpanjangan kerana kesan pada kesihatan adalah untuk jangka panjang.

Bahan Kimia ini Perlu Dielakkan dalam Produk Bayi

Jadi apa pilihan kita?

Sebenarnya bayi dan anak kecil tidak memerlukan pada produk penjagaan diri yang terlalu banyak. Terutamanya untuk bayi bawah setahun yang masih terbatas pergerakannya.

Cukup mandikan anak dengan air sahaja untuk bersihkan peluh, tidak perlu disabun. Untuk urutan boleh gunakan minyak dari tumbuhan yang selamat untuk dimakan. Panduan mudahnya jika ia tidak boleh dimakan, jangan gunakan pada bayi.

Namun jika anak perlukan krim atau sapuan untuk keperluan kesihatan seperti selsema, kembung dan masalah ruam, dapatkan produk yang menggunakan bahan semulajadi sepenuhnya seperti Balm Tasneem Naturel ini.

Walaupun harga lebih premium berbanding produk di pasaran, namun semua kandungan di dalam balm tersebut selamat walaupun anak termakan. Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, dan pastinya produk semulajadi akan menjadi pilihan ibubapa hari ini.