5 Cabaran Makan di Luar Bersama Anak Kecil

0
56
views
makandikedai

Hujung minggu baru-baru ni kami sekeluarga pulang ke kelantan. Sambut ibu dna bapa mertua kembali ke tanah air dari menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah mereka berdua dapat lakukan ibadah haji dan umrah dengan sempurna. Cuma pulang dalam keadaan batuk selsema dan demam keletihan.

Mereka sampai awal pagi Isnin. Jadi kami pun sempat bersama mereka separuh hari sahaja sebelum bertolak pulang. Hampir waktu asar juga kami meninggalkan kelantan. Dan bila sampai ke utara lepas maghrib, perut pun mula berkeroncong.

Terpaksalah berhenti makan malam dulu. Makan di luar bukan rutin keluarga kecil kami. Biasanya ia hanya ketika dalam perjalanan atau kesuntukan masa atas perubahan rutin. Saya melihat ada banyak cabaran bila makan di luar bersama anak kecil.

Sukar memilih menu yang sihat untuk anak kecil

Kebanyakan makanan di kedai masakan panas agak pedas untuk anak kecil. Paling sesuai pun nasi goreng cina. Atau nasi putih bersama telur dadar. Kalau sekadar telur dadar baik makan kat rumah ja kan.

Selain itu penggunaan bahan penambah perisa juga sangat tidak bagus didedahkan kepada anak kecil. Terutama bayi yang sistem penapisan ginjal yang belum berfungsi dengan sempurna.

Tidak dapat dipastikan siapa yang memasak.

Proses penyediaan makanan mempengaruhi emosi pemakannya. Sukar untuk memastikan tukang masak dalam mood yang baik dan memasak dengan ikhlas sehingga menerbitkan jiwa yang tenang kepada pemakannya.

Makanan yang tiada sentuhan emosi lebih pada makanan jasmani sahaja. Ia sangat berbeza jika kita memasak sendiri diiringi dengan zikir dan doa-doa untuk kebaikan isi rumah.

Sukar mendidik anak dengan adab makan

Makan dalam suasana bising kedai menyebabkan jarang berlaku proses pendidikan. Anak makan tumpah-tumpah dan selalu makan tak habis kerana terlalu banyak. Jarang dapat makan sampai licin kerana terlalu banyak hiasan yang tak dapat dihabiskan. (bawang besar sebiji kot sepiring lauk -_-)

Berbanding makan di rumah, semua perkara ini dapat diuruskan dengan lebih baik. Anak akan faham tata tertib dari sebelum makan hinggalah selesai. Bukan sekadar makan tapi tahu sediakan tempat makan dan berakhir dengan membasuh pinggan dan lap meja.

Tidak dapat mengawal input dari luar

Kedai makan biasa ada TV. Rancangan yang terhidang adalah mengikut siapa yang rajin cari remote control. Dan pada waktu malam rata-rata pengunjung ingin menonton berita dan drama.

Jadi tiada tapisan input yang akan masuk ke dalam fikiran anak kecil kita. Cerita ganas, porno malah isu-isu yang menggangu emosi anak kecil akan diserap dengan mudah.

makandikedai

Cabaran menguruskan masa

Ini cabaran yang paling kritikal. Waktu malam adalah waktu yang singkat bersama anak-anak. Jika ia digunakan untuk menunggu makanan siap di kedai , maka bilakah waktu untuk kita duduk dengan tenang bersama anak-anak?

Betapa banyaknya rutin mendidik anak yang dapat dimanfaatkan pada waktu malam.

Melatih solat, mengajar mengaji, membaca bahan bacaan untuk lebih mengenali Allah dan membentuk akhlak soleh. Malah itulah waktu kita mendengar celoteh selepas seharian mereka membesar bersama orang lain.

Jadi jika ibu-ibu merasakan kesuntukan mencari masa berkualiti bersama anak-anak,
cuba usahakan untuk tidak berada di luar pada waktu malam. In syaa Allah kita akan dapat melihat bagaimana satu demi satu rutin mendidik anak2 akan dapat diusahakan dengan lebih istiqamah.

Jom amal dan sebarkan!

Previous articleSaya Takda Idea Nak Menulis..
Next articleBuku Pelukis Jalanan, Perjalanan Mengejar Impian Tak Masuk Akal
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here