Waktu tidurkan anak merupakan saat yang paling membahagiakan. Namun diingatkan, ia juga boleh menjadi saat yang mengerikan. Bila mana anda mahu dia tidur, tetapi dia tidur hanya sekejap sahaja dan tidak lena.

Tidak terkecuali  juga berlaku bila mana anda sudah tidurkan anak dan anda mahu bangun melakukan kerja, tetiba si anak sahaja bangun semula seakan mengetahui anda tidak ada di sisi. Letih rasanya mahu tidurkannya semula!

Berikut adalah 7 cara bagaimana tidurkan anak awal pada waktu malam yang boleh kita praktikkan supaya mereka mendapat tidur yang lebih berkualiti dan tidak merengek atau berjaga sepanjang malam.

1. Banyakkan Aktiviti Pada Waktu Siang. 

Beri anak masa yang secukupnya untuk mereka bermain. Gunakan masa yang terluang sebaiknya bersama mereka dengan melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak dengan mengurang masa  tidur waktu siang. Apabila mereka penat, ini akan membuatkan mereka lebih mudah untuk tidur.

5 Cara Bagaimana Tidurkan Anak Awal Pada Waktu Malam
Pelbagaikan aktiviti di siang hari untuk anak

Manakala bagi bayi, ibubapa tidak perlu melakukan aktiviti berat memadai dengan meluangkan banyak masa dengan bayi dengan mengajaknya berbual, menyanyi dan bermain agar bayi kurang tidur waktu siang. Jadi apabila kurang tidur waktu siang, maka bayi akan tidur dengan lena pada waktu malam.

2. Mandikan Anak Sebelum Tidur.

Sebelum anak tidur, ibubapa disarankan untuk memandikan anak-anak terlebih dahulu sekurangnya sejam sebelum tidurkan anak. Tujuan memandikan anak adalah untuk memberi keselesaan kepada anak sebelum tidur.

Bagi bayi, Jangan lupa sapu minyak telon pada perut bayi untuk mengelak bayi daripada kembung. ibubapa boleh cuba menggunakan  balm Sleeptime untuk menstabilkan hormon tidur dan sekaligus dapat membantu anak untuk tidur lebih awal.

5 Cara Bagaimana Tidurkan Anak Awal Pada Waktu Malam
Mandi sebelum tidur mampu memberi keselesaan pada anak

3- Beri Makan Malam Seawal Mungkin Kepada Anak.

5 Cara Bagaimana Tidurkan Anak Awal Pada Waktu Malam
Berikan anak makan malam sebelum jam 8 malam

Apabila anak-anak sudah kenyang, anak-anak akan rasa mengantuk dan secara automatik mereka akan tidur. Waktu yang disarankan untuk memberi anak makan malam adalah sekitar jam 7 malam. Hal ini kerana terdapat sesetangah anak yang tidak dapat tidur dan tidur mereka terganggu kerana berasa lapar disebabkan perut kosong.

4. Buat Rumah Sunyi-Sepi Dan Lakukan Rutin Yang Konsistent Sebelum Tidur.

5 Cara Bagaimana Tidurkan Anak Awal Pada Waktu Malam
Boleh jadikan rutin membaca buku cerita pada anak sebelum tidur

Hentikan segala aktiviti yang boleh menggangu anak tidur buat seketika seperti menutup televisyen dan menjauhi gajet daripada anak-anak. Jangan pula kita paksa anak tidur, sementara kita pula masih lagi menonton televisyen di ruang tamu atau bermain telefon di dalam bilik tidur bersama anak. 

Sebaiknya, ibubapa perlu teman anak naik ke bilik, tepuk belakang hingga dia tertidur atau ibubapa boleh ambil peluang untuk menyanyi dan bercerita tentang kisah yang menarik minat anak. Jadi setiap kali anda membuat rutin itu, anak dapat mengenal pasti yang ia hampir dengan waktu tidurnya.

5- Tutup Lampu Dan Susana bilik Yang Selesa.

Untuk memastikan anak-anak mudah tidur, pastikan lampu dalam bilik tidur ditutup atau gelapkan sedikit pencahayaan dalam bilik tidur. selagi lampu terbuka, selagi itulah anak akan susah tidur.

Cara dengan tidurkan anak dalam lampu suram ini juga memberi impak kepada kualiti tidur bayi.Pastikan suasana dalam bilik tidur sama sebelum bayi tidur dan bangun. selain itu, sediakan tempat tidur yang selesa dan ruang yang menenangkan untuk anak tidur.

5 Cara Bagaimana Tidurkan Anak Awal Pada Waktu Malam
Suasana yang gelap membantu anak lebih mudah tidur

Sesungguhnya menjaga anak memerlukan kerjasama kedua-dua ibubapa. Jika pasangan kita tidak dapat bersama kita sepanjang perjuangan membesarkan anak-anak, bersabarlah dan yakinlah Allah SWT pasti mempermudahkan segala urusan kita sepanjang kita membesarkan zuriat kita itu.