Teks : Sakina Hamid

Gambar : Google

Baru-baru ni ummi dilanda mood rajin mengemas ^_^. Macam biasa la, kalau ada anak kecik ni benda paling malas nak mengemas mainan la kan. Bukan nya apa, punya la lama kita belek mainannya satu-satu, nanti bila dah kemas cantik-cantik kejap ja dah bercampur-campur.

Nak dilarang pun itu cara mereka nak berkreativiti kan. Cuma nak konsisten ingatkan anak-anak supaya kemaskan mainan ikut jenis tu yang belum berjaya lagi. Yer la, kita ni bukanlah dapat mengadap anak main sepanjang masa kan. Apa-apa pun kena la usaha supaya dapat bentuk sikap anak yang positif kan.

Masa mengemas tu ummi nak masukkan dalam kotak dah mainan knob ni. Anak-anak dah besar-besar tak main sangat dah kan. Dan pandai pegang pensel pen marker semua dah. Bila nak simpan tu sempat la mak touching kejap mengingatkan banyaknya mainan tu berjasa kat anak-anak.. sob..sob  -__ –

Jadi hari ni rasa nak cara bermain knob puzzle yang lebih pelbagai supaya dapat dioptimumkan penggunaannya bukan sekadar untuk anak berlatih memegang objek dengan 3 jari.

Mainan puzzle

Yang ni paling asas la, nama pun wooden knob puzzle kan. Puzzle ni mungkin nampak simple sangat untuk kita, tapi hakikatnya sangat banyak impak positif kepada keyakinan diri anak-anak. Nak-nak bila dia berjaya letakkan puzzle dengan betul, mak terus lompat bintang ucap tahniah kat anak. ^_^

Iman sedang bermain wooden knob puzzle sebagai latihan untuk jarinya memegang objek menggunakan 3 jari

Iman sedang bermain wooden knob puzzle sebagai latihan untuk jarinya memegang objek menggunakan 3 jari

Mainan puzzle memang sangat banyak kelebihannya kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Cerita panjang lebor ada kat SINI ya.

Bermain suai padan huruf/nombor

Knob huruf dan nombor boleh juga digunakan untuk bermain suai padan (match-it) dengan bahan-bahan pembelajaran lain. Boleh saya anak letakkan knob huruf dia atas blok ABC, atau pun lekatkan knob nombor pada poster nombor di dinding.

Permainan santai begini  dapat memanjangkan tempoh anak bermain sambil belajar malah mendapatkan kefahaman yang lebih baik.

Bermain suai padan dengan flashcard

Tunjukkan flashcard dengan gambar bola, dan minta anak cari huruf pangkal bagi perkataan bola. Letakkan hanya beberapa pilihan knob sahaja supaya tidak terlalu mengelirukan anak.

Mencari knob tersembunyi

Sembunyikan knob di dalam pasir kinetik, beras, garam ataupun tepung. Beri peluang anak mencari knob di dalam bahan-bahan tersebut dan sebutkan huruf yang dijumpai dengan kuat. Pasti ia menjadi pengalaman belajar yang menyeronokkan.

Banyak kan cara bermain knob puzzle ni. Sebab tu pelaburan untuk membeli knob puzzle memang sangat berbaloi kerana ia bukan sahaja dapat membantu perkembangan motor halus malah membantu perkembangan kognitif anak yang lebih pesat.

Untuk dapatkan pelbagai pilihan knob puzzle yang berkualiti boleh klik di SINI