Hari pertama persekolahan kebanyakan negeri bagi seisi 2017. Semoga semuanya bermula dengan baik-baik sahaja. Alhamdulillah anakanda Fateh pun dah mendaftar di sekolah berhampiran, untuk sesi petang. Semalam dah selesai semua persediaan, jadi pagi ni ummi agak tenang memulakan hari di pejabat kecil ini.

Setiap kali kita lihat anak orang lain melalui sesuatu tahap, kita harus sedar satu hari nanti in syaa Allah anak kita juga akan melalui tahap itu. Jadi sebagai ibubapa penting untuk kita menyediakan anak-anak kita sedari awal untuk mampu menghadapi cabaran pada tahap tersebut. In syaa Allah dengan keyakinan yang dipupuk sejak awal dalam diri anak-anak, anak-anak akan lebih bersedia menghadapi cabaran tersebut.

Salah satu persediaan anak-anak sebelum melangkah ke sekolah adalah kemampuan untuk membaca. Hari ini suka saya kongsikan bagaimana ibubapa dapat memupuk minat anak-anak untuk membaca sejak kecil. Sebaik aktiviti pembelajaran untuk anak kecil dilakukan secara santai sambil bermain. Di sini saya kongsikan beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak kecil mengenal bentuk dan bunyi huruf sebagai asas membaca.

Mengenal huruf menggunakan Kad Imbas

Ibubapa hari ini sudah sangat arif kebaikan kad imbas kepada perkembangan anak-anak. Pelbagai produk kad imbas terdapat di dalam pasaran. Mengikut teori Glen Doman, kad imbas yang baik untuk anak kecil ialah mempunyai latar berwarna putih dan tulisan berwarna merah atau hitam. Anak akan lebih cepat menangkap tulisan dari akd imbas yang mempunyai ciri-ciri ini.

Kad Imbas Huruf

Kad Imbas sangat membantu anak kecil mengenal huruf dengan cepat

Aktiviti menggunakan kad imbas boleh dimulakan sejak anak bayi. Hanya imbaskan beberapa saat di depan muka anak sambil sebut bunyi huruf. Memori anak akan meyimpan maklumat tersebut dan dikeluarkan apabila dirangsang kelak.

Selain itu kad imbas bergambar juga bagus untuk membina membina memori anak. Gambar dengan warna terang dapat menarik minat anak untuk melihat pada kad imbas. Sebutkan nama objek dengan jelas kepada anak.

Kad Imbas Gambar

Kad Imbas sangat membantu anak kecil mengenal objek dan perkataan dengan cepat

Membentuk huruf menggunakan Magic Light Clay

Playdoh yang berkualiti seperti Magic Light Clay ini dapat memberi peluang kepada anak membentuk huruf dengan mudah. Sifatnya yang ringan dan tidak melekit menjadikan anak leka dan seronok bermain huruf. Aktiviti yang melibatkan sensori ini akan membuat anak mudah mengingat bentuk huruf dan bunyinya.

Selain itu, satu kelebihan magic light clay ini ialah ia tidak mengeras apabila dibiarkan lama di udara. Tetapi ia akan kekal dengan bentuk asalnya. Jadi ia akan menghasilkan huruf 3D hasil kerja tangan anak. Huruf yang anak buat itu boleh disimpan dalam jurnal aktiviti atau digunakan dalam aktiviti lain nanti.

Bermain playdoh

Playdoh yang berkualiti seperti magic light clay ini dapat membantu anak-anak membentuk huruf dengan cantik

Membina sukukata menggunakan Lacing card

Aktiviti Bina suku kata

Pelbagai aktiviti bina suku kata boleh dibuat menggunakan kad aktiviti ini

Lacing card adalah aktiviti mudah untuk anak kecil. Mereka hanya perlu menyusun kad aktiviti seperti di dalam buku. Lacing card dibentuk menggunakan penyedut minuman dan pipe fur. Aktiviti sangat bagus untuk melatih koordinasi tangan-mata dan menajamkan daya fokus anak.

Aktiviti Suai Padan

Aktiviti suai padan dapat melatih anak mengingat semula huruf yang telah dipelajarinya. Anak boleh melukis objek atau menggunakan pelekat yang disediakan. Aktiviti berulang kali akan mengukuhkan ingatan anak mengenai bentuk dan bunyi huruf.

Pelekat ABC

Anak boleh suaipadan pelekat gambar ini dengan huruf yang betul

Pelekat ABC

Aktiviti Mewarna dan Membuat Kolaj

Mewarna sentiasa sesuai untuk semua aktiviti kanak-kanak. Aktiviti paling mudah untuk dimulakan ini memerlukan minat dan fokus untuk anak siapkan hasil kerja. Jika tidak hasilnya mungkin separuh jalan.

Jadi ibubapa boleh ubahsuai aktiviti mewarna kepada membuat kolaj. Kolaj boleh disediakan menggunakan cebisan kertas berwarna atau magic light clay. Aktiviti ini bagus untuk merangsang motor halus dan daya fokus anak.

Ini adalah 5 aktiviti yang boleh dibuat berulang-ulang dan diubahsuai mengikut situasi sehingga anak dapat mengenal bentuk dan bunyi huruf sehingga habis. Semoga perkongsian ini dapat memberi percambahan idea kepada ibubapa melakukan aktiviti santai tetapi bagus untuk perkembangan kognitif anak.

Semua bahan ini boleh didapati di dalam sebuah kit lengkap iaitu Kit Seronok Membaca.

Kit Seronok Membaca

Hubungi Sakinah Hamid di 0194715407 untuk maklumat lanjut.