Waktu hujung tahun ni ramai ibubapa mula mencari bahan-bahan untuk bantu anak cepat membaca. Untuk anak yang menginjak usia tadika, ibubapa cuba untuk buat persediaan awal.

Dan bagi yang nak melangkah ke darjah 1, lagi lah penting untuk ibubapa lengkapkan anak-anak dengan kemahiran membaca. Bukan kita nak beri tekanan pada anak, tapi nak usahakan supaya anak dapat melangkah ke darjah 1 dengan yang lebih gembira.

Alhamdulillah saya dipermudahkan mengajar anak membaca walaupun ada yang tidak ke tadika. Jadi saya kongsikan di sini  Kaedah Cepat Membaca yang telah membantu ramai ibubapa di Malaysia. Kaedah ini semuanya telah berada di pasaran lebih dari 10 tahun. Jadi sudah terbukti berkesan dan diulang cetak setiap tahun.

Kaedah Cepat Membaca Bahasa Melayu

Kebanyakan anak-anak hari ini belajar membaca menggunakan kaedah fonik. Kaedah ini lebih cepat untuk dikuasai kerana memang dalam perkembangan kanak-kanak mereka akan kuasai fonik  (bunyi huruf) sebelum menyebut sukukata.

Pakej Bacalah Anakku ini disusun oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahmad. Mereka berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak terutama bidang literasi.

BacalahAnakku

Kelebihan buku ini ialah ia menggunakan sistem fonetik dan suku kata yang sering digunakan oeh kanak-kanak. Perkataan nya juga bermakna dan di ulang-ulang sehingga anak cekap.

Pakej Bacalah anakku yang asas mengandungi 8 buah buku, VCD lagu dan kad Imbas. Anak akan kenal fonik dari VCD lagu. Kemudian buat aktiviti guna kad imbas. Bila dah kuasai suku kata baru mula guna buku untuk pengukuhan.

Bacalahanakku

Untuk kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan boleh hadir ke kursus anjuran ReadNetwork. Makin banyak tempat yang anjurkan kursus ni sekarang. Ibu kena lah rajin cari maklumat. Tak rugi hadir kursus, boleh guna ilmu tu untuk ajar semua anak-anak membaca sendiri.

Kaedah Cepat Membaca Bahasa Inggeris

Pakej ReadEasy ni dari penulis yang sama Pakej Bacalah Anakku. Sebab tu untung ajar anak guna kaedah fonik. Lebih cepat anak kuasai bila ajar Bahasa Inggeris. Bunyi fonik huruf konsonan sama ja kan. Jadi hanya perlu ajar bunyi 5 huruf vokal dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Pakej Readeasy juga mempunyai 8 buah buku, VCD lagu dan kad imbas. Kelebihan kad imbas pakej ini ialah ilustrasi pada kad imbas sama dengan ilustasi dalam video. Ini sangat membantu anak kuasai fonik dengan cepat kerana ingat bunyi dari video.

ReadEasyCepatbacaenglishVCD

ReadEasyCepatbacaenglishVCD

ReadEasyCepatbacaenglishVCD

 

 

 

 

 

 

 

Kaedah Cepat Membaca Al Quran

Terdapat pelbagai kaedah belajar membaca Al Quran di pasaran. Namun sepanjang mengajar anak sendiri, saya berpendapat kaedah Al Furqan ini lebih cepat untuk anak kuasai.

Ini kerana Al Furqan disusun dengan keadah mesra bayi. Masa peringkat buku 1 dan 2 hanya diperkenalkan dengan 16 huruf makhraj rendah macam ba, ta, sa, ka, la. Semua huruf-huruf ni memang mudah disebut sejak bayi.

Huruf bermakhraj tinggi seperti kho, dzho, ghain akan diperkenalkan kemudian. Pengalaman anak saya sendiri bila guna kaedah yang ajar semua huruf terus ni dia akan lambat ubah bila sampai pada huruf makhraj tinggi.

Jadi kaedah Al Furqan ni sangat sesuai jika ajar Al Quran sejak kecil terutama jika anak pernah lalui fasa lambat bercakap. Saya ada kongsikan kaedah untuk mengajar anak sejak bayi dalam bentuk ebook percuma.

Pakej Al Furqan mempunyai pakej asas dan pakej Bestari.

Pakej asas mengandungi 4 buah buku (tahap 1), VCD dan kad imbas.

AlFurqanCepatBacaAlQuranAlFurqanCepatBacaAlQuranAlFurqanCepatBacaAlQuran

Apabila selesai buku 4, anak sudah boleh membaca Al Quran. Tapi belum kuasai tajwid.

Anak boleh sambung ke Kaedah Iqra’ (buku 4) atau dapatkan Pakej Bestari Al Furqan. Pakej Bestari yang mempunyai bahan lengkap sehingga anak boleh membaca Al Quran dengan baik.

AlFurqanCepatBacaAlQuran

Kaedah Cepat Membaca Jawi

Alhamdulillah, sekarang ni kemahiran membaca jawi juga mendapat perhatian yang sewajarnya di sekolah rendah. Sudah ada ujian penilaian khas seawal tahun 2 untuk memastikan pelajar menguasai bacaan jawi.

Antara buku yang disyorkan oleh ramai guru jawi ialah Siri Ibu Ajarku Jawi. Siri ini sudah berada di pasaran sejak 1998 dan disusun oleh guru-guru berpengalaman luas dalam pengajaran jawi.

Ibuajarkujawi

Ia menggunakan kaedah fonetik dan kaedah pandang sebut yang dibantu oleh ilustrasi menarik. Sangat sesuai untuk menguasai asas bacaan jawi. Saiz tulisan yang besar dan berwarna warni akan membuat anak lebih seronok membaca buku dalam siri ini.

IbuajarkujawiIbuajarkujawi

IbuajarkujawiIbuajarkujawi

Siri Buku Ibu Ajarku Jawi mempunyai 7 buah buku saiz A5. Buku dari kelas glossy ini tahan lebih lama dan sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Kaedah Cepat Belajar Bahasa Arab

Tidak ramai ibubapa yang berpeluang belajar bahasa arab semasa bersekolah dulu. Namun anak-anak kita sekarang sudah kenal bahasa arab seawal darjah 1. Seringkali ibubapa hilang punca bagaimana untuk membantu anak-anak menguasai subjek bahasa arab.

Salah satu bahan rujukan yang dapat membantu anak kuasai asas Bahasa Arab ialah menggunakan pakej Lughatul Jannah. Pakej ini mengandungi 4 buah buku dan VCD. Ia secara tidak langsung membantu ibubapa mendengar cara sebutan yang betul dalam Bahasa Arab.

LughatulJannahbelajarbahasaarab LughatulJannahbelajarbahasaarab LughatulJannahbelajarbahasaarab LughatulJannahbelajarbahasaarab LughatulJannahbelajarbahasaarab

Kesemua pakej buku-buku ini telah membantu ramai ibubapa mengajar sendiri anak membaca secara santai di rumah. Ia telah disusun sebaiknya bagi memudahkan ibubapa yang sering kesuntukan masa.

Namun yang lebih utama adalah kesediaan ibubapa untuk menimba ilmu bagaimana cara yang betul untuk mengajar kanak-kanak seawal usia tadika. Dengan ilmu yang betul dan bahan yang lengkap, tidak mustahil semua kanak-kanak dapat membaca di awal usia kanak-kanak.

Semua pakej ini boleh didapati dari kedai buku berhampiran atau dapatkan secara online di SINI.

Selamat berusaha 🙂