Teks : Sakina Hamid

Foto :Sakina Hamid

Salam hujung minggu!  Apa perancangan kawan-kawan hari ni? Semoga apa jua perancangan kita ianya mengambil kira kepuasan emosi anak-anak. Kerana dengan emosi yang ‘kenyang’, anak-anak akan lebih mudah belajar ilmu baru dan mudah diurus kehidupan seharian mereka, in syaa Allah.

Semalam saya agak sibuk melayan pelanggan yang berminat dengan Buku Magik ni, dan masih ada ibubapa yang ragu-ragu nak melabur untuk anak yang dirasakan ‘masih kecil’ untuk menggunakan buku tu. Jangan risau, saya dulu pun ada rasa macam tu jugak. Lumrah manusia, mesti analisis sebaik mungkin sebelum buat keputusan kan.

Magic Book

Jadi hari ini saya kongsikan 5 kebaikan buku magik yang anak anda perolehi, yang tidak dapat pada buku-buku lain. Check it out!

Selamat

Oleh kerana buku ini ditulis berasaskan air, ibu akan rasa lebih selamat untuk anak mewarna. Tidak ada kerisauan anak masukkan pensel dalam mulut, anak conteng dinding, malah kalau anak menghisap pen pun ibu mempunyai ruang untuk pujuk anak supaya tak berbuat demikian. Kalau pensel biasa mesti mak sepantas kilat bertindak kan. Yang ni air biasa ja kan, apa nak risau sangat.

Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush

Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush

Anak saya sendiri menggunakan buku magik ini semasa dalam perjalanan jauh, dan saya hanya membiarkannya bereksplorasi sendiri kerana yakin ia selamat untuk si kecil saya.

Keyakinan diri

Keyakinan Diri adalah aset yang amat penting kepada seseorang individu. Bagaimana buku magik ini dapat membantu keyakinan diri?

Begini..biasanya bila anak mewarna, hasilnya seadanya selayak hasil kerja anak kecil lah kan. Tapi..bila guna buku magik ni, anak baru layangkan waterbrush tu kan buku terus muncul lukisan berwarna warni. Dan pastinya anak akan teruja dengan lukisan yang cantik tu. Dia akan terus mewarna..mewarna dan mewarna..

testi 1

Kenapa? Kerana anak menyangka itu adalah hasil lukisan yang dia warna sendiri. Dan dia sungguh teruja untuk mewarna kerana merasakan lukisannya sungguh cantik. Dan kebaikan buku magik yang inilah menjadikan ia lain dari buku-buku biasa.

Memupuk minat anak untuk mewarna

Menurut Puan Fiza, sebelum ini anaknya tidak berminat mewarna. Tetapi menggunakan buku magik, anaknya boleh mewarna sendirian tanpa bantuan ibubapa.

Jelas buku ini secara tidak langsung dapat membantu membina kemahiran-kemahiran penting untuk menulis tanpa anak sedari dan dalam keadaan mereka sangat teruja.

Merangsang kemahiran berfikir

Dunia anak kecil penuh dengan eksplorasi. Bila menggunakan buku magik ini, mereka tidak hanya memahami ia sebagai sebuah buku, tapi mula memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Ada ibu yang berkongsi anaknya mula bereksperimen dengan cuba menconteng menggunakan waterbrush tu pada kerusi, dinding rumah dan permukaan lain. Mereka hairan kenapa tidak ada apa-apa perubahan.

Hanya perlu isikan air biasa untuk menulis.

Hanya perlu isikan air biasa untuk menulis.

Bukankah ia satu peluang untuk menyuntik idea kepada anak mengenai jenis-jenis bahan, tempat menulis yang betul dan apa-apa jua yang membantu menjawab kemusykilannya.

Jangan sangka anak tidak memahami apa yang kita sampaikan, anak kecil sangat genius sebenarnya. Hanya kita perlu memilih bahasa yang betul semasa menerangkan.

Membantu perkembangan psikomotor & kognitif

Sebagaimana ibubapa sedia maklum, aktiviti menulis sangat penting untuk perkembangan anak kecil. Sambil menggunakan waterbrush anak akan melatih koordinasi tangan-mata, melatih daya fokus dan melatih otot-otot kecil pada tanganya supaya dapat memegang pensel dengan betul kelak.

Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush

Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush

Jadi kebaikan buku magik ini bukan hanya sekadar buku main-main untuk sekecil, tapi sangat baik untuk perkembangan mereka. Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada ibubapa sejauh mana anak sendiri perlukannya. Kerana ibubapa adalah guru yang terbaik untuk anak-anak. In syaa Allah.

Berminat nak dapatkan buku magik untuk koleksi anak anda? Klik di SINI untuk tempahan atau Wasap <BUKU MAGIK> ke +60194715407 untuk maklumat lanjut.

 

Poster_pantas membaca