5 sebab Buku “3 kertas, 3 krayon dan 3 Pensel Warna” EKSLUSIF!

0
70
views
3kertas3krayon3penselwarna

Alhamdulillah hari ni di Pulau Pinang masih dalam mood bercuti, sempena Awal Muharram 1438 yang jatuh pada hari Ahad. Ramai juga yang ambil kesempatan cuti  hujung minggu yang panjang ni untuk pulang ke kampung dan bercuti ke tempat-tempat menarik.

Kami anak beranak menghabiskan cuti di sekitar rumah saja, maklumlah Pulau Pinang kan pulau pelancongan. ­čśÇ Hanya bawa anak bersiar-siar pada waktu petang menikmati keindahan alam sambil menghirup angin laut.

3kertas3krayon3penselwarna

 

Oh ya,sekarang ni saya tengah ‘tenggelam’ dengan satu buku keibubapaan yang sangat best! Buku ni hasil kompilasi tulisan Adlil Rajiah ; blogger terkenal di┬ásaatkukaupilih.blogspot.com. Buku ni masa mula-mula saya tengok di pasaran, saya memang dah target nak memilikinya. Tapikan..tapikan..bila tengok harganya. Emm..nanti dululah. ­čśŤ

Sampailah saya dipelawa oleh rakan-rakan pembekal untuk menjadi penjual buku ni, maka saya pun dapatlah memilikinya. Alhamdulillah. Dan selepas 2 hari ‘hanyut’ yang positif dengan buku ini, dapatlah saya kongsikan kenapa┬áBuku “3 kertas, 3 krayon dan 3 Pensel Warna” EKSLUSIF!

Check it out!

Fizikal buku

Buku┬á“3 kertas, 3 krayon dan 3 Pensel Warna” ini pada fizikal ada kelainan yang tersendiri. Bukunya lebih tebal dari kebanyakan buku keibubapaan yang lain, tetapi handy. Dan keseluruhan kandungan bukunya adalah berwarna. Samada tulisan berwarna warni ataupun menggunakan kertas berwarna. Sampaikan tajuk dan isi penting pun warna lain-lain.

3kertas3krayon3penselwarna

3kertas3krayon3penselwarna

Selain itu, terlalu banyak gambar dan grafik berkualiti berwarna yang dimuatkan di dalam buku ini. Gambar-gambar ini dapat membantu kefahaman kita mengenai topik yang dibincangkan dengan lebih jelas, Ini menjadikan pengalaman membaca buku yang lebih menyeronokkan.

Gaya penulisan yang kreatif

Bagi sesiapa yang biasa melayari blog Adlil Rajiah, memang sudah memahami keunikan tulisan beliau. Penulisan yang menyebabkan kita sukar berhenti membaca apabila dah bermula. Selain dari gaya penulisan yang menarik, kandungan penyampaian juga sangat bagus terutama bagi ibu muda.

3kertas3krayon3penselwarna3kertas3krayon3penselwarna

Contohnya dalam topik “Bantu anak memahami dan mengawal perasaan”. Kita bukan hanya membaca teori “bagaimana untuk mendengar masalah anak dengan sepenuh perhatian, malah kita dihidangkan dengan dialog bagaimana untuk respon kepada luahan anak. Perkara sebegini kadangkala kita tidak sedar ia salah, sehingga kita menjumpai contoh yang hampir dengan amalan seharian kita. Dan bentuk dialog sebegini amat mudah dihadam oleh semua orang.

Ulasan dari Pakar

Puan Adlil Rajiah menulis berdasarkan bacaan dan pengalamannya membesarkan anak sendiri. Perkongsian beliau pun sudah cukup mantap. Namun pada akhir setiap bab, perkongsian beliau masih lagi di sokong oleh teori dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Ulasan ini ditulis oleh Teacher Najmi yang mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan awal dari Greenwich University, United Kingdom.

3kertas3krayon3penselwarna 3kertas3krayon3penselwarna

Selain itu, salah satu bab di dalam buku ini ialah 10 TIPS PAKAR PSIKIATRI.(Pakar Perkembangan Mental dan Tingkahlaku kanak-kanak). Ini adalah catatan dari pengalaman penulis membawa anaknya bertemu doktor pakar. Mahal kan kos nak jumpa doktor pakar di hospital swasta. Tapi kita dapat membacanya berkali-kali kerana ditulis lengkap di dalam buku ini.

Baguskan.

Banyak gambar

Sepanjang pengalaman saya mengumpul buku keibubapaan bahasa melayu, buku ini mempunyai sangat banyak gambar. Hampir setiap 1/4 kandungan buku adalah gambar untuk menterjemahkan maksud teori yang disampaikan. Dan semua gambar ini adalah berwarna!. Cantik pulak tu. Ini sangat membantu kita menikmati pembacaan buku ini dengan sentiasa teruja. Bukan ibu ja suka buku ni, anak pun selalu ambil buku ni belek-belek gambar.

ideaaktiviti3kertas3krayon3penselwarna

Idea untuk beraktiviti bersama anak

Jadi ibu ni selalu kering idea nak buat aktiviti bersama anak kan. Ok, dalam buku ini ada lebih 150 mukasurat yang mengandungi panduan dan gambar beraktiviti bersama anak-anak. Cukup tak? ­čśŤ

Aktiviti dalam ni merangkumi belajar nombor dan matematik mudah, memory game, ajar anak membaca, aktiviti perkembangan minda, idea untuk homeschooling, cara rangsang deria, aktiviti untuk tingkatkan selfesteem anak dan cara DIY game book untuk lekakan anak dari gajet.

ideaaktiviti3kertas3krayon3penselwarnaideaaktiviti3kertas3krayon3penselwarna

Banyak kan.

Kalau takda idea lagi meh la kita rebus buku ni bersama-sama. -_-

Okey, itulah perkongsian saya kenapa┬áBuku “3 kertas, 3 krayon dan 3 Pensel Warna” EKSLUSIF! Impian saya semua ibubapa yang saya kenali tahu mengenai buku ini, berhasrat untuk memiliki, membacanya dan berusaha mengamalkan ilmu di dalamnya sebaik mungkin.

In syaa Allah, kita mampu menjadi ibubapa yang lebih baik dari yang kita bayangkan.

Previous articleTips Penjagaan Buku Magik
Next articleAnak ‘Istimewa’ Lagi Untung?
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here