5 Tips Anak Mudah Tidur Malam

0
468
views
www.mouthsofmums.com.au

Waktu tidur selalu menjadi drama apabila ada anak yang masih mahu bermain dan tidak menunjukkan tanda-tanda sudah mengantuk. Ini seringkali berlaku untuk anak sekitar 2-5 tahun yang belum teratur pola tidurnya.

Ada ibubapa yang sanggup menurut sahaja kemahuan anak-anak untuk berjaga malam. Namun hakikatnya ia adalah gaya hidup yang tidak sihat kerana tidur yang cukup pada waktu malam sangat penting untuk membantu tumbesaran anak.

Dari pengalaman saya yang pernah alami anak sukar tidur malam, saya catatkan 5 tips ini. Semoga ia dapat membantu ibubapa menguruskan anak dengan lebih teratur.

Pastikan anak makan malam awal

Makan malam sebaiknya di ambil 4 jam sebelum waktu tidur. Badan mempunyai masa yang cukup untuk memproses makanan dan anak sudah mula tenang untuk tidur.

makanmalamsihat

 

Elakkan makanan yang mengandungi MSG, makanan berproses, dan makanan tinggi kandungan gula. Makanan begini merangsang hiperaktif yang menyebabkan anak sukar tidur.

OFF sebarang gajet elektronik sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu tidur

Cahaya dari gajet akan ganggu penghasilan hormon melatonin (hormon tidur). Ini menyebabkan kelenjar hormon tidak merembeskan hormon yang mencukup untuk membantu anak mengantuk.

anaksusahtidur
Aktiviti menggunakan gajet dalam gelap bukan hanya mengganggu hormon tidur malah meningkatkan risiko kerosakan mata

Selain jauhkan gajet elektronik, ibubapa juga boleh gunakan kaedah semulajadi untuk bantu pengeluaran hormon melatonin. Penggunakan Essential oil telah terbukti dapat membantu anak lebih mudah tidur dengan lebih nyenyak. Balm sleeptime Tasneem Naturel dengan rumusan EO yang bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak sangat memudahkan ibubapa hari ini.

Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari

Badan kita mempunyai jam biologi yang peka dengan setiap rutin harian. Jadi pastikan tidur pada waktu sama setiap ahri walaupun hari cuti. Ini penting supaya jam biologi sentiasa peka dan pengeluaran hormon tidur akan lebih teratur.

hormonmelatonin

Biasakan anak dengan rutin sebelum tidur

Rutin sebelum tidur sudah menjadi amalan kebanyakan ibu hebat di seluruh dunia. Banyak lagu kanak-kanak yang menunjukkan rutin sebelum tidur. Ini penting untuk membentuk mindset anak kecil mengenai peraturan harian.

anaksusahtidur
Sumber : waterwipes.com

Antara rutin tidur yang boelh dibuat ialah gergi ke tandas dan gosok gigi bersama anak. Kemudian bacakan buku atau berbual-bual (pillow talk) seperti cerita syurga ini. Selepas anak berada dalam emosi yang tenang, sama-sama bacakan doa dan surah-surah terpilih. Pasang mp3 Al Quran dalam ketinggian suara yang sesuai dan biarkan anak tidur dengan tenang.

Itu adalah rutin yang menjadi kebiasaan kami sekelaurga sejak anakanda Fateh mula bersekolah. Alhamdulillah rutin ini sudah melekat pada adik sekitar usia 4 tahun kerana mengikut aktiviti abangnya.

Pastikan persekitaran tenang dari sebarang gangguan bunyi bising

Adakalanya kita mengharapkan anak tidur awal, tapi suasana rumah kita sendiri tidak sesuai untuk anak tidur. Bunyi bising orang bercakap, bunyi televisyen, cahaya yang terang yang boleh mengganggu mood untuk tidur.

Kita tiada pilihan selain berusaha memastikan persekitaran yang sesuai untuk anak tidur. Kebanyakan ibu atau bapa masih belum selesai tugas harian menjelang waktu tidur. Sebaiknya beri ruang sekitar setengah jam waktu bertenang untuk anak tidur. Selepas mereka nyenyak, kita boleh bangun semula untuk selesaikan kerja tertangguh.

Jika anak masih aktif menjelang waktu tidur, sapu balm calmtime yang dapat rangsang hormon tenang. Jika anak masih tidak mengantuk, boleh gunakan balm sleeptime untuk stabilkan hormon tidur.

In syaa Allah, semua anak kecil boleh mempunyai rutin tidur yang betul. Yang penting kita sebagai ibubaba berusaha untuk melatih anak mendapatkan rutin tidur mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here