Bayi menangis tanpa henti pada waktu malam memang boleh mengundang kerisauan di hati ibubapa. Tidak sedikit ibubapa yang hilang punca hingga terpaksa bawa anak ke pusat perubatan di waktu tengah malam.

Namun seringkali juga berlaku bila sampai sahaja di klinik, bayi yang sudah menangis berjam-jam itu tiba-tiba senyap malah ada yang tidur nyenyak. Rasa macam tak masuk akal tapi itulah yang sering berlaku. Pengalaman ini juga dicatatkan oleh Dr Zubaidi di blog beliau.

Doktor pernah dikunjungi ibubapa pada jam 4.30 pagi di pusat perubatan beliau. Ibubapa nya kusut anaknya sudah menangis tanpa henti selama 3 jam. Tapi bila sampai di depan doktor bayi itu senyap dan senyum sahaja. Lucu bila difikirkan.

Tapi menurut doktor ini bukanlah kali pertama beliau menerima bayi yang menangis tengah malam, tapi bila sampai di depannya senyap dan selesa dalam pelukan ibu. Jadi Doktor Zubaidi kongsikan 7 punca bayi menangis malam untuk panduan kita semua.

Tangisan adalah cara bayi berkomunikasi

Bayi menangis untuk memberitahu mereka lapar. Bayi cepat lapar dan perlu disusukan kerap kerana perut mereka masih kecil. Biasanya mereka perlu disusukan 4-6 jam sekali mengikut keperluan.

puncaanakmenangismalam
Anak menangis sebagai cara untuk menunjukkan dia tidak selesa dan perlukan perhatian

Pastikan anak tidak tidur siang terlalu lama

Kebanyakan anak yang ditinggalkan dengan pengasuh mengisi waktu siang mereka dengan tidur. Bila malam menjelma, mereka masih bertenaga dan mahu ibubapa bermain dengan mereka.

Malangnya ibubapa yang penat bekerja seharian mahu berehat melepaskan lelah. Anak rasa tidak diberi perhatian dan mereka menangis untuk menunjukkan emosi mereka.

Sebaiknya bincang dengan pengasuh anak supaya tidak membiarkan anak tidur terlalu lama pada waktu siang. Pengasuh hendaklah mengisi masa anak dengan bermain dan bercakap-cakap dengan bayi supaya tidak kesunyian dan sering tidur.

Gelapkan atau suramkan lampu tidur

Lampu bilik yang suram dan gelap akan membuatkan otak anak tidak berfikir secara aktif dan lebih mudah tidur. Ramai ibubapa yang berasa tidak selamat membiarkan bayi tidur dalam cahaya yang suram.

Sebenarnya ia adalah selamat selagi kita memastikan tiada barang-barang atau selimut yang menyebabkan mereka susah bernafas. Jika ada masalah bayi selalunya akan menangis dan perlukan perhatian.

Jangan biarkan bayi terlalu penat

Ramai yang tidak percaya bahawa bayi boleh menangis kerana mereka kepenatan. Ibubapa sering menganggap bayi mereka ibarat babydoll yang tidak berasa penat.

Namun jika bayi melalui perjalanan jauh dan posisi bayi tidak berubah-ubah, otot mereka boleh menjadi lenguh. Urutlah bayi perlahan-lahan menggunakan teknik yang betul bersama balm calmtime supaya dia berasa tenang, selesa dan mudah tidur.

Suhu bilik tidak sesuai

Suhu bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa. Bayi mungkin berpeluh, baju menjadi lembab dan dia mula rasa tidak selesa.

Pasang kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana supaya ada pergerakan udara di dalam bilik. Udara secara langsung dari kipas yang terlalu hampir dengan bayi jugak tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan bayi rasa tidak selesa.

Lampin sudah perlu ditukar

Boleh jadi lampin bayi sudah basah dan kotor. Lampin yang tidak ditukar menyebabkan kegatalan dan bayi tidak selesa. Sentiasa pantau keadaan lampin beberapa jam sekali sebelum bayi menjerit minta ditukar lampin.

Jaga mood bayi dan ibubapa

Ada masa kita lupa bahawa bayi juga seorang manusia mempunyai perasaan. Jadi ibubapa haruslah mendodoi mereka, selalu mendakap dan tidak dibiarkan berbaring keseorangan. Bayi akan rasa lebih disayangi dan selamat.

Bayi juga mempunyai mood dan kita perlu selalu bercakap, bercerita dan berlawak dengan mereka untuk menceriakan mood. Bila mood mereka tidak baik, mereka mudah marah dan menangis. Ketika itu sudah tidak banyak yang boleh dilakukan untuk redakan mood anak.

PuncaAnak MenangisWaktuMalam

Mood ibubapa juga sangat mempengaruhi mood bayi. Menurut ahli psikologi, mood ibubapa yang kecewa, marah, sugul, penat dan murung boleh menyebabkan anak menangis sekuat hati. Bayi juga akan cenderung untuk menangis lebih lama. Jadi ibubapa perlu belajar uruskan mood supaya sentiasa kekal positif dan lebih tenang bila bersama anak.

Selain 7 punca ini, boleh jadi anak menangis disebabkan demam atau pun kolik. Ibubapa perlu boleh membezakan keadaan tangisan anak. Jika 7 perkara ini sudah diuruskan sebaiknya, bawalah anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.