Apakah sebab bayi menangis?

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA

Semua bayi dilahirkan dengan menangis. Bayi yang lahir tanpa tangisan akan diusahakan supaya menangis dengan menonggengkan kepala ke bawah dan menepuk bontot bayi. Bayi yang sihat akan menangis apabila dilahirkan ke dunia.Bayi baru lahir tidak dapat berbuat apa-apa pun melainkan menangis . Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka memerlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda dapati sukar untuk menentukan apa yang diperlukan oleh bayi mereka. Adakah dia lapar,haus, sejuk, panas, perut kembung atau sekadar mahu berada dekat dengan ibunya? Dalam beberapa hari pertama, tangisan bayi memberi kebimbangan kepada anda kerana anda belum memahami ritma tangisan bayi anda. Namun begitu, lambat laun ibu dan bapa dapat mengenal pasti dan mengecam gaya tangisan bayi yang berlainan dan memudahkan ibu bapa mengendalikan bayi mereka.

Semasa membesar , bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapa. Mereka menjadi lebih cekap untuk menyatakan sesuatu dengan “eye contact”, bunyi-bunyian atau dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis. Ibu dan bapa jangan ingat bayi ni menangis sebab suka-suka je nak nangis.

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan dibawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah mencuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1.Saya  lapar la ibu

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA
Punca utama bayi menangis

Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil akan lebih kerap menangis kerana lapar. Bayi dalam temph satu atau dua hari selepas dilahirkan akan minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolestrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin akan sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menampung kuantiti susu atau makanan yang banyak pada satu-satu masa. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Cara memberitahu anda bayi anda akan menangis.

2.  Saya tak selesa la ibu

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa.Lampin yang penuh mengganggu mereka. Bayi akan menjerit dan mememinta lampin ditukarkan dengan segera terutama sekali jika kulit terasa gatal atau tidak selesa. Baju yang ketat juga merimaskan kerana kurang pengudaraan. Kalau tak selesa, apa lagi ibu, saya menangislah sebagai tanda membantah minta diberikan keselesaan.

3.Saya perlukan kehangatan la ibu, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA
Selimut tebal punca bayi tidak selesa untuk tidur

Sesetengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka suka badan mereka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, cepat-cepatlah anda pakaikan lampin dan baju kepada bayi anda sebaik sahaja selesai mandi. Anda juga boleh sapukan ‘balm calm time’ pada titik nadi dipergelangan tangan dan belakang telinga bayi. Baju yang terlalu tebal atau terlalu nipis juga mempengaruhi kepanasan yang diinginkan bayi.  Perlu diingat bayi hanya perlu satu lapisan pakaian lebih daripada anda.

4.Saya perlu dipeluk

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA
Pelukan ibu boleh hentikan tangisan anak

Setengah bayi suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi lebih tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda. Bayi rasa tidak selamat apabila tidak dapat rasa kehadiran ibunya. Bayi dapat mengecam kehadiran ibunya melalui bau dan juga suara. Pada usia 0-1 bulan bayi belum dapat melihat dengan jelas. Mereka lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa.

Jika anda telah memberi bayi minum susu dan menukar lampinnya, anda akan dapati sekarang dia hanya mahu dipeluk dan dibelai. Apalah salah kiranya belaian ibu itu disertai dengan usapan manja ‘balm calm time’ dibahagian tapak kaki, pergelangan tangan, dibelakang telinga dan ditulang belakang. Usapan lembut kasih ibu pasti menenangkan bayi anda.

5.  Saya perlukan rehat

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA
Bayi keletihan tidak dapat tidur yang lena

Memang mudah bagi kita menyangka bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira dimana mereka berada. Di klinik tidur, di pasaraya pun tidur. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian (mungkin ramai yang datang melawat bayi anda), dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati terlalu sukar untuk memejamkan mata.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang mahu menarik perhatiannya cukup meresahkan bayi untuk tidur. “Saya sudah tidak tahan lagi” diekspresikan melalui tangisannya. Sebelum kedengaran lagi suara tangisan bayi anda eloklah disapukan ‘balm calm time’ yang dapat menenangkan bayi anda walaupun dihari yang penuh dengan rangsangan dan perhatian dari sekeliling.

6.Saya perlukan sesuatu untuk membuatkan saya lebih sihat

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA
Ibu lebih memahami tangisan bayi

Jika anda telahpun memberikan bayi makan dan memastikan dia selesa dengan memeriksa lampin, pakaian dan suhu persekitaran, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada bayi anda sakit atau mengalami kesakitan. Bagi yang baru menjadi ibu atau bapa, jangan panik.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga bayi yang sering menangis, sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting diingatkan adalah tiada siapa yang paling mengenali bayi anda seperti anda. Ibu bapa perlu peka dengan jenis tangisan bayi. Kepekaan ini dapat membantu memberi keselesaan yang cepat kepada bayi anda.

7.Saya perlukan sesuatu…tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA
Bayi menangis disebabkan kolik atau dikenali sebagai kembung perut

Kadang kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa sukar menguruskan bayi yang menghidap kolik.  Dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Walaubagaimanapun situasi ini juga ada penyelesaiannya.