Selamat datang 2018!

Awal tahun sinonim dengan azam tahun baru, persiapan ke sekolah, pendaftaran di sana sini dan pelbagai perubahan lagi. Oh ya, tak dilupakan promosi Y.E.S yang biasanya baru berakhir. Haha..

Dan bagi saya, awal tahun baru adalah saat saya mengimbau kenangan 8 tahun lepas.

2.1.2010.

Dalam kesibukan orang lain menyambut tahun baru, saya sedang bertarung nyawa menyambut kelahiran permata hati sulung.

Masa tu saya masih bertugas sebagai guru. Saya masih hadir ke mesyuarat guru pembukaan tahun dalam keadaan yang sudah sarat. Saya sempat mengisi maklumat dalam buku rekod mengajar dan menyusunnya molek-molek di atas meja.

Dan selepas selesai mesyuarat, saya melahirkan anak sulung ketika cuti hujung minggu. Sehari sebelum mula sesi persekolahan bermula. Ramai cakap “bagus punya timing”. 😛

Muhammad Fateh bin Shamsul Ery

January Baby, Alhamdulillah mudah nak kira perkembangan

Alhamdulillah anak yang lahir seberat 2.9 kilogram itu hari ini sudah mula mengenal erti kehidupan. Semuanya atas rahmat dan kasih sayangNYA. Tiada daya kita sebagai ibubapa nak memastikan anak itu seperti adanya sekarang. Kita hamba ini hanya mampu usahakan yang terbaik, dan segala yang terhasil adalah dari izinNYA.

Semalam anakanda Fateh tanya, kenapa hari lahir dia takda sambutan ramai-ramai macam kawan lain. Ya lah nak, kamu lahir waktu semua orang sibuk dengan perubahan tahun. Masa kat tadika cikgu masih sibuk uruskan pelajar baru.

Muhammad Fateh bin Shamsul Ery

Asalkan ada kek kan, buat syarat ja. Ummi jugak yang kena habiskan kek cenonet tu pun

Dah hari lahir kamu selalu jatuh hari pertama sekolah, mana lah ada cikgu nak layan benda remeh-remeh ni. Banyak lagi kerja lain cikgu nama buat. Ada lah beberapa kali ummi sambut hari lahir Fateh dengan kawan-kawan, tapi memang cuba uruskan supaya tak bebankan cikgu.

Sediakan goodie beg ke ataupun sambut bila suasana sekolah dah tenang. Ya lah budak-budak ni dia tengok kawan ada sambutan kat sekolah, kenapa dia takda kan. Benda macam ni pun kadang boleh jadi isu pada mereka.

Yang penting kami sebagai ibubapa cuba untuk tanamkan dalam fikirannya, bukan sambutan tu yang utama. Apa yang lebih penting adalah Fateh kena banyak bersyukur kerana Allah bagi kehidupan yang baik. Ada keluarga, tempat tinggal yang selesa dan dapat belajar dengan kawan-kawan.

Muhammad Fateh bin Shamsul Ery

MERAH MEMBARA kita hari ni 🙂

Semoga pada usia 8 tahun anakanda Fateh mulai faham bahawa sambutan hari lahir bukan terletak pada sebiji kek yang dikelilingi beramai-beramai. Tapi yang lebih penting kita mengambilnya sebagai ruang untuk merafakkan kesyukuran pada yang memberi segalanya.

In syaa Allah.

Selamat Hari Lahir my lil hero!