Salam 13 Ramadan 1437H!

Pagi tadi hampir-hampir puasa anakanda Fateh terbabas. Seperti sebelumnya, ia berlaku tanpa sedar kerana baru belajar puasa.

Ketika itu mereka dua beradik sedang meniarap berkongsi membaca buku yang sama. Tiba-tiba adiknya bangun dan mengambil bekas yang mengandungi biskut gula. Bekas itu diletakkan di hadapan mereka dan dia makan sambil dia mendengar abangnya bacakan buku.

latih anak puasa di bulan ramadan

Pastinya abang yang sedang belajar puasa ni dah tergugat dengan aroma biskut kegemaran mereka itu. Ketika itu saya berada di dalam bilik. Tiba-tiba ja saya rasa nak keluar menjenguk mereka. Tanpa sedar anakanda Fateh telah capai biskut itu dan menggigitnya ketika saya keluar dari bilik.

Terus meluncur dari mulut saya “Fateh..ruginya tak puasa hari ni”

latih anak puasa di bulan ramadan

Dia yang mendengar terpinga-pinga. Maklumlah baru belajar puasa, tak sedar pun dia buat apa. Mujurlah suami saya cepat menyuruhnya keluarkan semua biskut dari mulutnya. Dia belum sempat menelan pun. Mujurlah dia nak ikut. Alhamdulillah puasanya dapat diteruskan sehingga tengahari.

Jadi ketika melatih abang belajar puasa, adik pun perlu bekerjasama. Jika tidak mungkin lebih banyak kebarangkalian untuk abang kecundang sebelum waktunya. Wallahualam.