ABOUT ME

Semasa remaja saya pernah berimpian untuk bekerja sendiri dari rumah. Saya selalu membayangkan di rumah saya ada pejabat kecil dan anak-anak berada bersama saya semasa saya bekerja.

Namun selepas bergraduasi saya juga mengikut arus membina kerjaya dan keluarga seperti orang lain. Tahun 2007 saya mulakan kerjaya sebagai guru dan melangsungkan perkahwinan. Satu demi satu takah kehidupan saya lalui hinggalah saya mempunyai 2 orang cahaya mata.

Keluarga adalah pendorong utama saya memilih bisnes sebagai karier

Saya sukakan kerjaya sebagai pendidik, namun ia amat menuntut masa dari kehidupan saya. Dalam masa yang sama anak-anak sedang membesar dan perlukan lebih perhatian. Masalah asuhan anak yang tak berpenghujung juga menambahkan beban yang dihadapi ketika itu.

Semua ini akhirnya menjentik saya untuk keluar dari dunia kerjaya pendidik. Akhirnya tahun 2014 saya membuat keputusan untuk terjun ke dunia bisnes yang sangat asing untuk saya ketika itu. Segala-galanya saya perlu belajar dari awal. Segala ilmu pemasaran perlu saya hadam dan praktiskan untuk memulakan langkah dalam bisnes.

Keinginan menguruskan anak dengan tangan sendiri menjadikan saya mudah membuat keputusan beralih kerjaya

Setahun kemudian saya ambil langkah drastik untuk ambil cuti tanpa gaji dengan niat tidak akan kembali pada kerjaya sebagai guru. 6 bulan cuti tanpa gaji berakhir tanpa kejayaan yang signifikan, tapi saya tetap teruskan niat untuk tinggalkan jawatan yang jadi idaman kebanyakan wanita sekarang.

Bulan demi bulan, tahun demi tahun saya berhempas pulas menghidupkan bisnes. Tidak sedikit kegagalan demi kegagalan saya lalui, namun itu semua jadi pembakar semangat untuk saya terus bergerak ke depan. Sehingga tahun ke tiga, bisnes hanya suam-suam kuku dan masih belum nampak hala tuju.

Bersama Puan Haridah Sahri, Founder Tasneem yang sangat komited membimbing wanita menjana pendapatan dari bisnes

Akhirnya pada Jun 2017, Allah pertemukan saya dengan Tasneem Naturel. Dibawah bimbingan Founder yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia bisnes, saya dapat melihat cahaya dalam dunia bisnes ini. Dan bukan sekadar itu, saya juga dibimbing setiap hari untuk menggapai cahaya tersebut.

Alhamdulillah hari ini saya salah seorang dari Master Leader Tasneem Naturel. Dibawah Team SHC saya membimbing lebih 500 agen yang mempunyai hasrat membina pendapatan bersama Tasneem Naturel.

Bersama Master Leader Aminah Hussain dan sebahagian besar team leader SHC

Ia sebuah perjalanan yang panjang namun saya yakin selagi mana kita terus berjalan, akhirnya kita akan sampai ke destinasi yang diidamkan. Hari ini bekerja dari rumah sambil uruskan anak-anak dan memperolehi pendapatan lumayan bukan lagi mitos, ramai yang sudah membuktikan ianya boleh dilakukan.

Semua orang berhak untuk menempa kejayaan yang sama termasuk anda!

Close

engage

Get the coolest tips and tricks today

This ebook will change everything you ever thought about relationships and attachment. Find the secret to connecting better and faster