Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Hai saya Maizatul Akma,lebih mesra di panggil Mai. Saya berasal dari Dengkil Selangor dan masih menetap di sini sehingga kini. Saya sudah berusia 33 tahun dan mempunyai sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada seorang suami, seorang anak lelaki (7tahun), dan dua orang anak perempuan (5 tahun dan 3 tahun) yang sedang  membesar dengan baik.

Keluarga kecil saya

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Saya menjadi pengedar sah bagi produk Tasneem Naturel sejak dari bulan Julai 2017. Alhamdulillah saya juga merupakan pengguna setia bagi produk Tasneem Naturel ini juga. Saya berasa seronok dapat berkongsi kebaikan dan manfaat produk ini dengan semua.

Memasak sebahagian hobi dan kesukaan saya

Kalau nak tahu,saya ni sangat suka memasak. Aktiviti memasak tu seperti terapi buat diri saya. Walaupun tidak setanding chef masakan di luar sana tetapi saya adalah chef bagi keluarga kecil saya. Rutin memasak kadangkala saya lakukan bersama anak-anak saya. Alhamdulillah mereka seronok dapat mencuba dan belajar memasak bersama. InsyaAllah saya akan mengajar anak-anak saya memasak di dapur apabila mereka sudah bersedia.

Itulah serba sedikit tentang saya.

Aktiviti bersama anak-anak

Oh sebelum terlupa, jika ada ibubapa yang runsing dan memerlukan bantuan berkaitan masalah anak-anak, Agent Tasneem Naturel Dengkil sedia membantu anda. Saya juga membuat servis penghantaran produk Tasneem di sekitar kawasan Dengkil dan kawasan yang berhampiran.

Anda juga boleh follow saya di Instagram maizaismail_tasneemnaturel , blog maizaismail.blogspot.com dan FB Page Tasneem Naturel Dengkil. Sebarang pertanyaan berkaitan produk Tasneem boleh juga hubungi saya melalui applikasi whatsapps atau talian telefon 0176066251.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge