Agen Tasneem Naturel Dungun, Terengganu

0
22
views

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, Wan Norfatimah Aini Binti W Malek. Nama panggilan banyakkkk, dulu yang panggil Kak Long, Along, Fatimah, Aini, Wan dan Wafa. Bila masuk keluarga mertua pula dapat panggilan Kak Cik. Sejak menjadi emak kepada seorang hero, mula biasakan diri sebagai Ibu di media sosial. 

Ibu dilahirkan pada tahun 1992 dan  ibu kepada seorang hero berumur setahun pada tahun ini (2019). Sejak ada anak, fokus ibu kepada anak, dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

Ibu suka aktiviti luar seperti bersukan, berkhemah, berkelah dan jalan-jalan di taman. Kadang-kadang suka ke shopping mall. Cuci-cuci mata. Sekarang aktiviti terhad sebab anak masih kecil, jadi cari aktiviti yang sesuailah untuk keluarga yang ada anak kecil.

Anak adalah penyebab ibu berkenalan dengan Tasneem. Anak ibu masa bayi mempunyai kulit sensitif terutama bahagian cuping telinga. Bermula dengan gatal-gatal kemudian digarunya sehingga berdarah. Berminggu-minggu untuk kering. Mula ibu berkenalan dengan Skeenz dari Tasneem. Mula guna dan nampak hasilnya menjadi semangat untuk ibu menjadi agen. Menyelam sambil minum air.

Balm kedua ibu dengan Tasneem ialah CF-Rub. Mula-mula ibu guna kerana anak demam. ibu dapat tahu, dalam CF-Rub ada bahan yang dapat turunkan suhu. 

Selain demam, ibu guna CF-Rub juga kalau anak ibu selsema dan berkahak. Nampak je tanda-tanda nak selsema, ibu akan sapu CF-Rub dibelakang badan dan tapak kaki. Ibu akan mula membuat tepukan percussion. Ibu boleh nampak kesannya dengan anak ibu akan muntah berlendir dan berak berlendir. 

Sehingga sekarang ibu masih lagi setia bersama Tasneem. Jika ada yang berdekatan dengan ibu, boleh la dapatkan produk Tasneem.

Ibu di Dungun, Terengganu. Ibu buat free COD di kawasan Ketengah Jaya. Jadi orang-orang Ketengah Jaya jangan lepaskan peluang ini. Ibu juga akan pulang ke kampung sebulan 1 kali di Chalok dan Wakaf Tapai. Jadi, orang-orang sana pun jangan lepaskan peluang ini. 

Boleh Follow ibu di Intagram ibu wanainiwmalek atau di page Kedai Ibu. Nak mudah lagi whatsapp je ibu di 013-9154521.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge