Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Agen Tasneem Naturel Kuala Terengganu

Nama diberi Norhaida Laila binti Baharuddin. Disebabkan nama panjang ada yang panggil saya Haida,Laila dan terbaru Mekda. Harapannya panggilan mekda kekal sampai bila- bila sebab dah terbiasa.

Mekda berasal dari Terengganu dan sekarang ini menetap di Kuala Terengganu. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aisyah Humaira. Sekarang ini mekda bekerja sebagai Kerani Akaun di sebuah syarikat melayu iaitu One Million Borderless Resources (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini merupakan pengeluar minuman malt coklat yang setanding dengan jenama popular di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Agen Tasneem Naturel Kuala Terengganu

Mekda ni sebenarnya suka kepada kekemasan. Mungkin dah terdidik sejak kecil oleh mak. Mekda sentiasa pastikan keadaan sekeliling mekda kemas dan tersusun barulah boleh memulakan aktiviti lain dengan tenang. Tengok sajelah rumah mak mekda, kemas sentiasa sepanjang hari. Orang cakap rumah kemas, sedap mata memandang.

Bagaimana mekda mula mengenali Tasneem Naturel?

Sebelum ini mekda pernah bekerja di salah sebuah syarikat lain dan pendapatan bulanan kurang memuaskan. Sejak itu Mekda ambil keputusan untuk mencari pendapatan sampingan yang boleh dibuat dari rumah. Ketika sedang mencari bisnes yang sesuai, mekda terjumpa posting yang menarik daripada Sakinah Hamid (Master Tasneem Naturel) mengenai bisnes balm bayi ni.

Selepas itu Mekda tertarik untuk mencuba satu dan dua balm yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh anak ketika itu. Salah satu balm yang membuatkan mekda jatuh cinta sehingga ke hari ini ialah balm Trub. Anak mekda mengalami masalah sembelit teruk dan sebagai anak yang pertama, kurang pengetahuan mekda mengenai masalah ini. Selepas mencuba balm Trub di samping bantuan agen- agen Tasneem yang lain, mekda dapat menyelesaikan masalah anak sembelit.

Agen Tasneem Naturel Kuala Terengganu

Apa yang best sangat, Mekda boleh kongsi pengalaman menguruskan anak yang ada pelbagai masalah dengan ibu- ibu yang lain. Itulah titik kepuasan yang sebenar bila berada dalam Tasneem Naturel.

Agen Tasneem Naturel Kuala Terengganu, Terengganu

Bermula pada penghujung tahun 2017, mekda secara sahnya berdaftar menjadi agen Tasneem Naturel untuk kawasan Kuala Terengganu.

Boleh hubungi Mekda di :
Whatssap : 010-7814484
Instagram : Tasneem.Naturel_Terengganu
Fb Page : Tasneem Naturel Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge