Hari ni homeschool ummi buat benda yang palinggg anak-anak suka. Memang diorang sangat teruja la bila ummi cakap beli susu sebab nak buat eskrem. Keja ulang tanya bila kita nak buat ni..adehh..

Okey, nak buat aiskrim ni simple ja sebenarnya. Cuma bahannya dipelbagaikan sebab nak teksturnya lebih lembut dan rasanya sodap..

eskrem

Chef berdua ni memang jarang berbaju kat umah. Sebab tu kot aiskrimnya laku sokmo..hihi..

Ni bahan-bahan dan peralatan asas yang saya gunakan. Biasanya kalau google tu kebanyakan resepi letak telur, saja saya malas nak letak. Macam tak banyak perbezaan sangat pun dari segi kelembuatannya. Telur mentah kan kurang bagus untuk kanak-kanak. Ada juga letak susu pekat, saya jarang letak. Bila makan sejuk-sejuk tu anak tak kisah pun manis ke idok..

Ok, cara buat nya pun senang sangat. Sebab tu la ia jadi aktiviti masak anak2. First, masukkan susu, ovallatte dan susu pekat dalam bekas. Kemudian pukul la sampai mana larat kembang, biasa saya pukul dalam 10 minit ja. Atau lebih tepat lagi anak-anak saya yang pukul. Diorang memang suka part ‘bising-bising’ ni. Kalau guna blender pun boleh ja sebenarnya, cuma pastikan kalau lepas blend cili tu kena la bilas bersih-bersih. Nanti jadi perasa special pulak..hot!

IMG_20150727_191408

Masa ni yang anak-anak2 sangat raajinnn nak tolong. Tolong pegang mixer pun jadi la. Tapi ummi kena pegang jugak, tak boleh harap lagi nak handle peralatan elektrik ni.

Okey..susu yang 2 cawan tadi dah kembang semangkuk, maka bolehlah diletakkan perasa ikut kegemaran. Biasanya saya buat 2 bahagian, perasa tamar koko dan perasa asli.

IMG_20150727_191813

Lepas tu bolehlah masukkan dalam acuan. Waktu ni la peluang anak-anak syurga ni nak menunjukkan kemahiran masing-masing. Memang nampak simple, tapi saya ambil masa juga untuk latih abang masukkan melalui muncung sudu supaya tak meleleh. Adik agak cepat belajar, mungkin sebab dia hari-hari pun ‘memasak’ manjang..

IMG_20150727_191951IMG_20150727_191953

IMG_20150727_192411

Dah siap isi bolehlah disusun ikut ‘kawasan’ masing-masing. Masa baru-baru buat dulu memang deme asyik buka tutup la freezer tu nak tengok ‘hasilnya’, dah lama-lama ni diorang pun dah boleh terima kenyataan ‘kena tidur dulu esok baru boleh makan’

IMG_20150727_192542

Yang lebihnya kita masukkan la dalam bekas-bekas aiskrim yang ada kan.

IMG_20150727_193108

Inilah hasilnya..celik mata terus brekpes dengan aiskrim..apa-apa jer la nak oii..asalkan sihat.

IMG_20150728_081957
Walaupun buat aiskrim ni nampak macam saja suka-suka, tapi saya boleh nampak nilai-nilai positif yang terbentuk dari aktiviti ni. Anak-anak semakin faham erti kebersihan. Bila tengok saya buat apa-apa kat dapur, Fateh terus basuh tangan dan datang cakap ‘Nak tolong!’. Sekarang ni bila anak-anak teringin nak makan kek ke, puding ke diorang tanya ‘bila kita boleh buat ummi?’ Fuhh.. Tapi minat memasak memang sesuatu yang perlu dipupuk, dan kebaikannya kita pun dapat la tumpang ‘merasa’ kelak. In syaa Allah.

Selamat memasak bersama anak-anak..