AJAR LA SAYA BISNES!

0
56
views

Selalu juga member2 bersuara macam ni bila nampak saya berbisnes. Nak ajar tu belum sampai masanya la, tapi nak share tu boleh la sikit2.

Pada saya, ini adalah 3 asas mulakan perniagaan yang penting untuk diambil perhatian bagi newbie ialah

1) ILMU
Dengan ilmu yang tepat, jalan untuk berjaya lebih jelas. Dan risiko kegagalan dapat diminimakan, in syaa Allah. Ilmu boleh dapat dengan rata2 – baca, join seminar dan yang paling mahal ilmu2 ‘langgar dinding’ dalam bisnes. Ikut ja cara orang-orang yang dah berjaya tu buat, in syaa Allah berhasil. Dah faham trick bisnes nanti, boleh la langgar ‘adat’ pun.

2) NETWORKING
Networking yang bagus akan beri kekuatan untuk kita pergi lebih jauh. Dari networking kita boleh belajar pengalaman, mungkin boleh tambah supplier, cari agen, JV dan banyakkk lagi keuntungan dalam pelbagai aspek. Networking akan mudahkan banyak urusan kita dan jimatkan kos kerana secara tidak langsung kita ‘berkongsi kerja’ dengan bisnes networking kita tu. Networking akan berkembang dari masa ke semasa melalui hubungan persahabatan/saudara dan aktiviti-aktiviti perniagaan terutama semasa seminar.

3) SOKONGAN
Membangunkan sebuah bisnes memang sudah diketahui cabarannya. Tapi dengan sokongan positif, kita dapat hadapi cabaran dengan yakin.

Sokongan utama adalah dari keluarga terdekat. Dan sokongan yang sangat penting adalah orang2 yang telah berjaya bangunkan bisnes, kerana nasihat berharga dari mereka dapat bantu kita bangkit dengan lebih cepat.

Sepanjang pengalaman & pengamatan saya, 3 perkara ini sangat berkait rapat dan sangggattt membantu meningkatkan keyakinan untuk berbisnes.

Dan menjadikan kita yakin suatu hari kita pasti akan BERJAYA! in syaa Allah.

p/s : Ada rasa nak berbisnes? Mulakan ja, tak perlu fikir banyak sangat. Dah mula nanti tau la apa nak buat.

Previous articleKU MENGHITUNG BINTANG..
Next articleKelebihan SMARTPEN
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here