Sampai hari ni rasa masih kurang percaya saya dah daftar talian internet baru. Sebenarnya memang dah lama nak tukar wifi YES yang selalu mengundang hangin pada diriku ni. Tapi dek sebabkan ada kontrak 2 tahun, terpaksalah tunggu sampai habis.

Alkisahnya TIME Broadband ni mula ‘menyerang’ kawasan perumahan kami sejak awal tahun lepas. Masa tu setiap petang mereka akan buka booth di kawasan dewan terbuka kat bawah tu. Lepas tu memang kerap hantar flyers selit kat pintu.

TIME broadband

Lebih 10 flyers dah dapat sebelum ni baru daftar. Renyuk tu sebab flyers selit kat pagar 🙂

Tapi saya tak ambik pusing sangat. Sebab tak boleh buat apa-apa pun. Nak tak nak saya kena tunggu kontrak talian internet sedia ada ni tamat. Tapi kalau tengok offer nya tu memang terliur la jugak kan.

Sampailah sejak beberapa bulan lepas wifi YES kat rumah ni makin menjadi-jadi pulak siputnya. Lepas tu modem untuk Wifi rosak pun dah tiada warranti walaupun masih dalam kontrak. Habis semua handset tak boleh guna wifi. Memang geram la kan.

Jadi memang tak sabar-sabar dah nak tukar talian internet. Suami pun survey pilihan yang ada, semuanya kontrak 2 tahun. Dan alang-alang kena kontrak, ambil lah pakej TIME Home Broadband yang tawarkan kelajuan hingga 500Mbps ni. Nanti kita tengok la laju cemana.

TIME broadband

Yang lucunya bila nak hubungi agen TIME yang dulu bukan main ramai lalu lalang, ramai yang dah tak sediakan perkhidmatan ini. Hanya seorang ja lagi yang masih sesekali hantar flyers. Nak tak nak terpaksa berurusan dengan beliau jugak walaupun susah nak set temujanji.

Lepas 3 kali set masa, barulah berjaya jumpa beliau semalam. Saya ni masih bayangkan macam pendaftaran dulu-dulu la, siap bersedia dengan pen lagi. Rupanya semuanya daftar melalui telefon bimbit ja. Haha..

Fuhh..mudah sungguh bisnes sekarang kan. Kiranya dia daftarkan saya sambil berdiri ja. Terus tangkap gambar kad pengenalan dan kad bank untuk pengesahan guna kamera telefon dan masuk ke pendaftaran online. Pembayaran pun dipotong dari debit kad.

Selesai pendaftaran terus saya dapat email pengesahan dari pihak TIME. Wah, terus saya terkenang pada pendaftaran takaful anakanda Fateh 7 tahun lepas. Agen Takaful datang dengan laptop untuk terangkan mengenai pelan takaful pun dah rasa canggih. Lagi kelakar agen yang usung printer untuk mudahkan photostat dokumen yang diperlukan.

Tapi semalam agen TIME tu hanya datang dengan telefon bimbit semata-mata, tanpa sehelai kertas pun. Memang berjaya misi paperless ni kan. Tak sampai 15 minit urusan dah selesai. Cuba bayangkan berapa bisnes beliau berpotensi dapat dalam sehari.

Fuh..berangan kejap. 😛

Apa-apa pun yang saya harapkan hanyalah talian internet ini akan bawa kebaikan yang banyak pada kami sekelurga khususnya untuk kemudahan bisnes online saya. Nanti dah siap pemasangan saya kongsi cerita lagi ya. Adioss