Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Alhamdulillah, si manja anda sudah mula berdiri pada usia 3 tahun. Mereka pun sudah semakin lasak dan banyak bercakap untuk meluahkan apa yang ada di dalam fikiran. Mereka juga sudah mampu untuk mempelajari konsep-konsep matematik mudah yang boleh di ajar secara santai.

Di sini saya kongsikan pendedahan dari Puan Rohani Sheikh Omar di dalam bukunya “Didik Anak Jadi Pintar” bagaimana kita boleh melaksanakan aktiviti matematik untuk anak 3 tahun. Salah satu aktiviti yang sesuai ialah penyesuaian. Banyak cari untuk melakukan aktiviti penyesuaian, jom semak kat sini.

Warna – gunakan kad warna dan pelbagai objek yang mudah didapati untuk menyesuaikan warna

mainan terabur 2

Ukuran 

  • Ambil 9 blok kayu, susun dengan pelbagai cara. Bandingkan panjang setiap blok. Ulang perkataan panjang dan pendek berkali-kali sehingga anak faham penggunaannya.

 

  • Ambil 3 straw, kenalkan perkataan sama panjang. lebih panjang dan lebih pendek.

 

Bentuk – Gunakan pelbagai bentuk dengan saiz berbeza. Campurkan semua bentuk-bentuk tersebut dan minta anak asingkan mengikut mengikut bentuk atau saiz yang sama.

 

Susunan 

  • Susun kad dengan gambar yang sama. Gunakan gambar yang mudah untuk anak kenal.

memory game 3 memory game 2

  • Turutan bentuk. Buat susunan seperti di bawah dan minta anak teka bentuk apakah selepas itu.

 

Nombor

  • Letakkan benda mengikut bilangan tertentu. Minta anak kira dan letakkan nombor pada bilangan tersebut.

IMG_20160325_202404

  • Angkat jari pada bilangan tertentu. Kira bersama-sama dan minta anak ambil blok nombor yang betul

Banyak lagi cara untuk melaksanakan aktiviti matematik untuk anak 3 tahun. Ibubapa boleh menggunakan panduan ini sebagai asas untuk mempelbagaikan lagi aktiviti dan bahan mengikut kesesuaian. Jika anak nampak tidak dapat memahami konsep yang cuba diterangkan, jangan bimbang. Berhenti dulu dan cuba lagi selepas beberapa minggu.

Semoga panduan untuk melaksanakan aktiviti matematik untuk anak 3 tahun dapat membantu ibubapa memenuhi masa berkualiti bersama anak-anak, in syaa Allah.