Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

 

Mainan berterabur bagaikan petunjuk bahawa rumah mempunyai anak kecil. Ia sesuatu yang menyakitkan mata, namun ada masanya kita boleh manfaatkan keadaan ini untuk beraktiviti bersama anak-anak.

Mari kita lihat bagaimana untuk ambil kesempatan dan mainan anak yang berterabur ini untuk mewujudkan aktiviti yang berfaedah. Sekaligus mainan pun sudah siap dikemas oleh anak-anak selepas habis beraktiviti.

mainan terabur

1) Pengkelasan warna

  • Setiap anak akan sebut warna pilihan masing-masing
  • Beri tempoh (2 minit contohnya) untuk anak ambil semua mainan warna pilihannya
    • Sebaiknya keluarkan mainan yang bukan warna pilihan

2) Mengira

  • Beri masa untuk anak mengira bilangan mainan yang berjaya dikumpul
  • Tulis bilangan pada kertas

mainan terabur 2

4) Susun

  • Susun mainan tadi untuk membentuk rantaian terpanjang. Anak akan belajar cara susunan yang akan menjadikan rantainya lebih panjang,

mainan terabur 3

5) Ukur

  • Ukur panjang rantai tadi menggunakan pita mengukur
  • Tulis panjang pada kertas

mainan terabur 4

6) Banding

  • Banding warna apa yang paling banyak bilangannya
  • Bandingkan rantai mana yang paling panjang

Dan akhir sekali boleh lah lumba masukkan mainan itu dalam bekas simpanan. Selesai..

Antara kemahiran yang anak pelajari semasa mengemas mainan berterabur ini ialah

+ Pengkelasan

+ Mengira

+ Menyusun dengan teknik yang betul

+ Menulis data

+ Mengukur

dan pelbagai nilai yang boleh diterapkan oleh ibubapa sepanjang beraktiviti bersama anak-anak. Selamat ambil kesempatan dari mainan berterabur!