Anak-anak Syurga

0
76
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Akhbar KOSMO!

 

Alhamdulillah, sejak saya hadiri kursus Hafazan Al Quran bulan lepas, ilmu akidah menjadi asas perbualan harian kami. Kalau dulu saya hanya tekankan untuk anak hafal Al Quran, tapi sekarang saya lebih tekankan untuk anak ‘cinta Al Quran’.

Teringat semasa saya tunjukkan ayat Al Quran mengenai syurga kepada anakanda Fateh, matanya bersinar-sinar. Saya cerita ringkas-ringkas ja apa yang ada dalam syurga – ada buah-buahan yang dia suka, burung dan sungai susu. Dan ‘sungai susu’ itu adalah perkara yang Fateh paling teruja tentang syurga.

ustazah asni
Gambar : Ustazah Asni Abu Mansor

Keesokan harinya saya dengar Fateh menyanyi dengan lirik ciptaan sendiri tentang syurga. Semua gambaran-gambaran yang saya kongsikan dengannya dimasukkan ke dalam lagu. ‘Pitching’ lari tu tak payah cerita la kan, tapi ummi redha ja dengar sambil-sambil memasak.

Tiba-tiba Fateh berhenti menyanyi dan bertanya

“Ummi..dalam sungai susu tu ada ikan tak?”

“Ar..ar.. (ummi mati kutu tiada jawapan)

“Emm..nanti kita baca Al-Quran banyak-banyak lagi in syaa Allah jumpa jawapannya ya sayang.”

Ummi tersentak dengan soalan anakanda Fateh itu – betapa anak kecil itu sangat fokus untuk ke syurga, sedangkan kita yang dah berusia ni gambaran syurga pun dah semakin berbalam-balam dari fikiran. Allahuakbar!

Benarlah, sekali kita mendidik anak tentang syurga, setiap hari anak akan ingatkan kita kepada syurga.

syurga

Memang pun, setiap hari boleh dengar Fateh membebel pada adiknya,

“Adik jangan buat macam tu, nanti tak boleh masuk syurga tak dapat mandi sungai susu”

Masya Allah. Ayuh ibu-ibu, sampaikanlah khabar gembira kepada anak-anak syurga kita.

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah ; Ayat 25)

 

Previous articleSayalah Sakina Hamid
Next article5 Aktiviti untuk Bina Otot-otot Kecil di Jari Anak
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here