Teks : Sakina Hamid

 

Ini sekadar pemerhatian saya ja, kalau tak setuju boleh scroll cari resepi..hehe

Alhamdulillah, Anak saya sendiri pernah melalui ‘fasa istimewa’ sekejap masa alami speech delay. Sebelum tu saya cari jugak ilmu parenting, tapi amalkan tu sekadarnya ja. Ikut angin. Seronok baca sebab tahu macam-macam, tapi takda kesungguhan nak beramal.

Gembira dikurniakan anak, dan kami pun besarkan anak mengikut seperti orang lain. Just follow the flow omputih kata. 😛

Tapi ia berubah bila menjelang usia 3 tahun, pakar kanak-kanak diagnose Fateh sebagai lewat bertutur (speech delay) . Dan saya mula dapat tarikh untuk rutin terapi dan perjumpaan dengan pakar untuk pantau perkembangan.

Dan saya baru merasa anak saya ‘sangat istimewa’. Kerana bermula saat itu saya mula mengkaji dengan serius tentang perkembangan kanak-kanak, mula memberi perhatian penuh dengan kehidupan anak seawal celik mata sampai la nak tidur balik.

Dan senarai do n don’t semakin jelas dalam kehidupan kami.

Semua ilmu yang saya tahu cuba diamalkan sebaiknya. Apa sahaja kemusykilan cepat saja cari penyelesaiannya. Dan alhamdulillah, hari ni beliau dah boleh bercakap tanpa henti selama beberapa minit.. 😀

Dan hari ni jugak bila baca perkongsian ibu-ibu yang bawa anak pergi terapi, kongsi aktiviti rangsangan harian anak, teruja dengan perkembangan anak, saya boleh ‘merasai’ perasaan itu. Dan pasti ia tidak sepenuhnya.

Tapi yang pasti, anak-anak itu memang istimewa sehingga kehidupan mereka menjadi fokus kita. Hidup mereka lebih teratur dan kita sentiasa untuk membimbing mereka ke tahap yang lebih baik.

Dan kadang-kadang mereka jauh lebih beruntung dari yang ‘tak istimewa’ DAN ibubapanya kurang memberi fokus untuk mengembangkan potensinya. Disebabkan segalanya nampak ‘normal’, kurang diberi perhatian. Anak-anak ini  selalu bawak diri sendiri dan berkembang ikut sistem,

Jadi tak mustahil anak yang melalui fasa istimewa pada usia kecil akan menjadi insan yang hebat bila usia semakin meningkat. Kerana dia dibesarkan dengan sungguh istimewa.

Ayuh ibubapa, mari jadikan setiap anak syurga ini SANGAT ISTIMEWA pada pandangan Allah.

In syaa Allah..