Anak Selalu Nak Berdukung, Normalkah?

1
151
views

Pengalaman ada sulung yang sentiasa nak berdukung sangat mengajar saya menjadi ibu yang sentiasa belajar menguruskan anak. Tak dinafikan timbul rasa cemburu tengok anak orang lain mudah diurus, sedangkan anak sendiri perlu diberi perhatian hampir setiap masa.

 Badan lenguh tak payah cakap la, mujur la anak tak chubby sangat. Tambah pula dengan pandangan orang sekeliling macam kita ni manjakan sangat anak. Walhal nanti kita letak anak kat bawah, anak menjerit-jerit diorang juga yang nak komplen macam-macam. Maka bertabah je lah.Hehe

Tapi hari ini saya nampak banyak hikmah yang saya dapat dari pengalaman ni. Asbab dapat anak yang ‘susah jaga’, saya jadi gigih belajar dan jumpa macam-macam benda best dalam dunia parenting. Saya belajar yang kebanyakan habit anak kecil ini dapat diterangkan dengan mudah dalam bidang Terapi carakerja (Occupaional Theraphy ).

Menurut Puan Maryam Jamadi (Terapis Carakerja) , ada 2 sebab utama anak kecil asyik nak berdukung.

Fitrah bayi memang suka didukung

Secara fitrahnya bayi memang suka didukung. Mereka datang dari kehangatan alam rahim yang selesa, jadi berdukung adalah satu cara mereka kekal dekat dengan ibu.

Semasa didukung, anak akan mengalami rangsangan deria sentuhan, deria sendi dan deria keseimbangan. Selain mendukung, kita juga boleh lakukan rangsangan deria sentuhan dengan selalu mengurut bayi, usap kepala bayi sambil menyusu dan biarkan bagi menggenggam tangan kita. 

Yang penting kita melakukan semua aktiviti bersama anak ini dalam keadaan sedar dan penuh kasih sayang. Bukan hanya sekadar dukung tanpa memenuhi keperluan fizikal dan emosi anak.

Resah bila berpisah

Rasa tak selamat bila berpisah dengan ibubapa adalah sesuatu yang normal bagi anak kecil. Terutamanya apabila dia sudah mula kenal orang lain dan berada di tempat awam.

Dari satu segi ia bagus untuk keselamatan anak kita. Dia sentiasa mahu berada dalam keadaan selamat. Dan sebagai ibubapa seharusnya kita hargai saat anak menjadi peminat no 1 kita setiap masa ni. Kelak pasti kita akan rindukan saat ini. Hehe.

Cuma dari segi perkembangan, anak yang kerap didukung akan kurang masa tummy time, meniarap dan merangkak. Jadi anak tetap perlu dilatih untuk ditinggalkan di bawah bagi memastikan perkembangan berlaku dengan menyeluruh. Latih anak supaya sedar yang kita tak hilang pun, cuma pergi untuk seketika.

Antara yang boleh dilakukan adalah dengan sentiasa bercakap dengan anak apa yang kita buat, main hide & seek, dan konsep bye-bye setiap kali sebelum kita tinggalkan anak. Jadi perlahan-lahan anak akan belajar yang kita hanya pergi seketika.

Dengan kefahaman mengapa anak sentiasa mahu berdukung, kita akan dapat menguruskan anak dengan lebih tenang. Kita akan memahami ia adalah satu proses yang normal dan berusaha untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi anak sebaik mungkin.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here