Anak Suka Masukkan Benda Dalam Mulut?

0
189
views
Bagibuahuntukanakgatalgusi

Bila dengar ada anak yang tetelan duit syiling, lego kecil, hiasan kecil mesti rasa risau kan!

Tapi sebenarnya aktiviti anak tu normal. Dalam fasa perkembangan sensorimotor, anak akan menggunakan deria nya iaitu tangan, kaki, lidah beserta mulut untuk bereksplorasi. Mulut selalu menjadi pilihan anak kecil untuk bereksplorasi kerana pada usia itu paling banyak saraf deria pada bahagian mulut. Kira anak-anak kita ni saintis yang bijak sejak kecil sebenarnyakan. ^_^

Selain bereksplorasi, anak kecil juga memasukkan benda dalam mulut kerana gatal gusi. Jadi ibubapa perlu peka dengan keadaan ini dan sediakan teether atau makanan jejari yang boleh anak-anak ambil bagi mengurangkan rasa kurang selesanya. Namun dalam pada itu kita jugak tahu aktiviti mengutip dan memasukkan benda dalam mulut ini boleh mengundang bahaya kepada anak kecil. Jadi dalam menguruskan situasi sebegini, penting untuk ibubapa membimbing anak dan menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak membesar.

Ini adalah sedikit perkongsian bagaimana ibubapa dapat menguruskan anak yang sedang melalui fasa masukkan benda dalam mulut.

Persekitaran rumah yang selamat

Ia perkara paling asas dalam membesar anak-anak. Keutamaan kita adalah menyediakan persekitaran yang selamat untuk mereka. Hiasan rumah dan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya perlu dijauhkan dari mereka. Anak yang lebih besar perlu sentiasa diingatkan mengenai keselamatan adik mereka. Kawasan dapur dan tempat kerja sebaiknya dihadang bagi mengelakkan anak mengambil sesuatu yang terjatuh di lantai.

rumahmesrabayi

Kelebihan membesarkan anak di rumah sendiri memudahkan saya menguruskan hal ini. Saiz rumah yang kecil juga membantu saya memantau persekitaran rumah dengan mudah. Saya juga memilih untuk hantar anak ke pusat jagaan berdaftar berbanding rumah pengasuh bagi mengurangkan risiko isu sebegini. Suasana taska yang disusun bagi keselesaan bayi dan kanak-kanak mengurangkan kerisauan saya dengan isu ini.

Namun apabila berada di tempat awam mahupun berkunjung ke rumah orang lain, kita tidak dapat mengawal keadaan di tempat tersebut. Jadi anak perlu diberi perhatian yang lebih bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini. Pastikan anak tidak ditinggalkan sendirian tanpa pengawasan dari penjaga yang prihatin. Kadang waktu balik kampung memang la ramai orang, tapi semua buat hal masing-masing kan. Jadi kenalah utamakan keselamatan anak sendiri.

Sediakan mainan/objek yang selamat untuk dimasukkan ke dalam mulut

Oleh kerana memasukkan benda ke dalam mulut adalah satu fasa perkembangan, kita tidak boleh menidakkan sepenuhnya peluang anak untuk bereksplorasi. Bagi peluang pada anak untuk menggigit mainan yang memang selamat untuk teething. Sentiasa bawa bersama mainan yang bersesuaian di dalam beg apabila berada di luar.

Selain itu pendedahan kepada buah-buahan dalam bentuk sebenar (bukan puri) juga dapat memenuhi keperluan perkembangan anak. Anak kecil memang suka dapat menggomol sepotong epal sendiri. Namun yang penting ia dilakukan di bawah pengawasan ibubapa sepenuhnya. Anak yang sudah puas bereksplorasi menggunakan mulut akan mengurangkan kehendaknya untuk memasukkan benda lain ke dalam mulut.

Bagibuahuntukanakgatalgusi

Beritahu anak

Setiap kali anak masukkan benda dalam mulut, beritahu anak jika ia tidak selamat. Walaupun mereka masih kecil, tapi anak akan belajar mana yang boleh dan tidak boleh. Yang penting ibubapa bercakap dengan jelas kepada anak.

Seboleh mungkin elakkan untuk marah dan menjerit pada anak yang sedang berekplorasi kerana ia akan membantutkan imaginasi dan kreativiti anak. Kebiasaan menguruskan anak dengan suara yang kuat juga akan menjadikan anak kurang peka dalam komunikasi. Jadi pastikan ibubapa menggunakan tona suara yang sesuai apabila berkomunikasi dengan anak.

Ini adalah perkara asas yang boleh dipraktikkan oleh ibubapa bagi memastikan anak membesar dalam keadaan selamat dan fasa anak memasukkan benda ke dalam mulut tidak mengundang tekanan kepada anak. Walaupun aktiviti mengutip itu berbahaya, tetapi kemahiran memegang objek kecil adalah penting kepada anak. Jadi ibubapa perlulah menyeimbangkan keperluan anak dengan mencari mainan yang selamat untuk anak bereksplorasi menggunakan tangan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here