Anak Tak Suka Tulis Guna Pensel?

4
134
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

 

Anak yang tak suka tulis guna pensel tidak bermakna dia tak minat menulis. Cuma dia lebih berminat dengan teknik yang lebih kreatif. Untuk anak belajar menulis, ia tidak semestinya bermula dengan pensel dan kertas.

Asas untuk anak belajar menulis ialah dengan teknik menyurih. Merujuk kepada buku ‘Didik Anak Jadi Pintar’, Kaedah menyurih (tiru bentuk sebenar) huruf terbukti dapat membantu anak mahir menulis dengan lebih cepat. Apabila anak telah dapat menyurih dengan baik, barulah mula menulis huruf  titik-titik.

surih tulisan
Flashcard Marker tulis padam ini sesuai digunakan untuk aktiviti menyurih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Flashcard Marker untuk bahan rangsangan aktiviti menyurih boleh didapati di SINI

Ada pelbagai teknik boleh digunakan untuk anak anda mula belajar menulis walaupun tak suka tulis guna pensel. Jom cuba satu-satu dan tengok kecenderungan anak anda.
1) Salt writing

Salt writing 4Salt writing 2

Salt writing sangat bagus untuk kenalkan teknik menulis kepada anak. Selain anak dapat belajar menulis, aktiviti ini juga menggalakkan perkembangan motor halus. Dan pastinya aktiviti pembelajaran berakhir dengan kegembiraan anak ‘menikmati’ garam tersebut. Murah ja pun.

2) Sand writing

sand writing

Ini selalu kita buat bila kat tepi pantai, tapi hanya untuk suka-suka sahaja. Lepas ni boleh lah dijadikan aktiviti yang lebih berobjektif. Dan mungkin lebih konsisten kalau kawasan rumah tu ada tempat berpasir. Cuma kalau kat tepi rumah tu sila lah pastikan kebersihannya ya.

3) Sky writing

Paling senang dan best, kat mana-mana pun boleh buat. Sambil menunggu, dekat taman permainan, sambil baring-baring pun boleh. Yang ni kalau anak kecik la mungkin kurang berkesan, dia tak boleh nak agak lagi. Yang dah besar sikit tu nak suruh tulis suku kata pun boleh.

4) Mirror writing

mirror writing 2

Ha..kat cermin pun boleh jadi tempat belajar ya. Ini anak suka buat bila bosan dalam perjalanan jauh. Asalnya tulis abjad, dah lepas tu macam-macam cerita ‘dilukis’nya kat cermin tu.

5) ‘Rainbow’ writing

rainbow writing

Anak-anak suka warna warni kan. Boleh main pensel warna dengan dia sambil latih menulis. Ulang tulis huruf yang sama guna macam2 warna sampai jadi pelangi. Tapi pelangi ni ada lebih dari 7 warna! Ikutlah setakat mana yang anak berminat nak tulis. Kalau anak dah suka teknik ni kira dah hampir menguasai kemahiran menulis menggunakan pensel.

Kesimpulannya, anak tak suka tulis guna pensel bukan alasan kita tak latih dia menulis. Yang penting pendedahan awal. Bila dah selalu buat, minat untuk menulis tu akan datang sendiri. Tak perlu nak paksa pun. Silap-silap aribulan tak larat nak larang dia ‘mengajar’ kat dinding pulak..hihi..

Previous articleImpian Anak Syurga
Next articleMelatih Bayi Minat Membaca
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

4 COMMENTS

  1. […] Setelah mahir melukis garisan panjang dan bulatan, barulah mereka akan gabungkan bentuk-bentuk ini dalam satu gambar. Kebiasaannya anak akan mula melukis bentuk manusia. Ketika ini barulah sesuai untuk ibubapa perkenalkan cara menulis huruf. Namun tidak perlu terlalu khusus seperti menulis mengikut garisan putus-putus di dalam buku latihan yang tulisannya bersaiz kecil. Hanya sekadar untuk anak faham bentuk huruf sahaja seperti dikongsikan di SINI. […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here