Apa Perbezaan Mainan Bead Maze Yang Ada Dalam Pasaran

0
135
views
Bermain bead maze
Mainan bead maze dapat melatih daya fokus dan perkembangan motor halus anak

Alhamdulillah, ibubapa sekarang semakin sedar mengenai kepentingan mendedahkan anak dengan mainan pendidikan (educational toys) sejak bayi. Harga tidak lagi menjadi isu kerana ibubapa sedar kebaikan yang akan anak perolehi. 3 tahun lalu memang agak sukar saya nak menerangkan Kebaikan bermain Bead Maze ini. Namun hari ini, kebanyakan kanak-kanak pernah bermain dengannya samada di rumah sendiri, di taska mahupun tempat mainan awam.

Semalam ada ibu yang tanya apa beza antara 3 model bead maze/labyrinth ni.

Perbezaan Bead drag
Walaupun bentuknya sama, tetapi setiap bead drag mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri

Ok, sebelum tu yang penting ialah TUJUAN kita nak bagi anak mainan bead maze ni.

Mainan ini direka untuk melatih daya fokus anak. Anak akan fokus pada pergerakan bead itu sehingga akhir gelung. Selain itu, semasa anak menggerakkan bead, ia membantu perkembangan otot-otot kecil pada tangan anak supaya dapat pegang objek kecil dengan baik.

Apa beza antara 3 jenis model ni ialah panjang gelung. Semakin besar saiz mainan, semakin panjang gelungnya dan semakin bagus kesan kepada latihan fokus anak. Anak akan menolak bead lebih lama di dalam gelung dan ini secara tidak langsung membantu memanjangkan tempoh fokus anak. Latihan yang berterusan menjadikan anak mempunyai tahap fokus yang baik sejak kecil.

Anak juga akan bermain lebih lama kerana lebih mencabar. Berbanding saiz yang kecil, tujuan mainan tidak tercapai dan anak juga tidak mendapat kepuasan bermain. Ia menjadikan pelaburan anda untuk mainan ini lebih berbaloi. Saiz yang kecil menyebabkan kepuasan bermain anak-anak menjadi terhad, sekaligus menimbulkan rasa bosan terhadap mainan tersebut.

Jadi saranan saya, apabila ibubapa mahu memilih mainan bead maze ini, pilihlah yang gelungnya tidak terlalu pendek supaya manfaat mainan ini memberi kesan yang positif kepada perkembangan anak-anak. In syaa Allah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here