Sekarang ni dimana-mana pun kita akan jumpa minyak pati tumbuhan atau lebih dikenali dengan essential oil (EO) digunakan secara meluas. Pelbagai produk dari aspek kesihatan, kebersihan malah kesimbangan mental dan emosi dirumuskan menggunakan manfaat dari essential oil.

Jadi sebelum kita buat keputusan untuk memilih produk berasaskan essential oil, ada baiknya kita fahamkan dulu apa sebenarnya essential oil ni.

Apakah essential oil?

Essential oil (EO) adalah minyak pati semulajadi yang terdapat pada bahagian tumbuhan seperti batang, daun, buah, akar yang digunakan oleh tumbuhan tersebut untuk survivalnya seperti melindunginya dari jangkitan bakteria, pereputan dan sebagainya.

Oregano digunakan meluas dalam masakan bukan hanya untuk datangkan aroma tapi juga mempunyai bakteria yang dapat buatkan makanan tahan lebih lama

Jadi asalnya minyak ini adalah untuk digunakan oleh tumbuhan tersebut. Tapi dengan kebijaksanaan manusia, mereka telah lakukan proses penyulingan mengeluarkan minyak tersebut dari tumbuhan dan terhasil lah minyak pati tumbuhan atau ringkasnya disebut EO.

Dan bila minyak pati itu digunakan oleh manusia, maka manusia pun mendapat kebaikan dari minyak-minyak tersebut. Ha..begitulah sejarahnya. ^_^

Manusia menggunakan ilmu pengetahuan untuk mengambil manfaat dari tumbuhan ciptaan Allah

Dan oleh kerana EO ni adalah bahan semulajadi, dan manusia pun makhluk semulajadi maka adalah sangat mudah untuk suai padan manfaat pada EO ini dengan keperluan manusia. Alhamdulillah.

Sejarahnya lagi, orang pertama yang buat proses penyulingan EO adalah Jabir Ibn Hayyan yang merupakan tokoh kimia terkenal dalam tamadun Islam. EO juga telah digunakan dengan meluas semasa Perang Salib untuk merawat tentera muslim yang cedera.

Bapa Kimia yang memulakan proses penyulingan minyak pati dari tumbuhan

Ok kita dah tau yang EO telah digunakan zaman berzaman dan sudah terbukti keberkesanannya dalam pelbagai aspek. Sekarang mari kita lihat bagaimana EO berfungsi menambahbaik kehidupan kita.

Kebaikan essential oil untuk Minda

Essential oil dapat membantu meningkatkan mood, memori, fokus dan secara tak langsung akan seimbangkan tenaga dalam badan. EO juga membantu untuk mendatangkan rasa relax.

Contohnya dengan menghidu EO rosemarry, 75% memori dapat ditingkatkan. Ini kerana dalam EO rosemarry mempunyai komponen yang boleh melancarkan aktiviti minda.

Apakah-Essential-Oil-dan-Bagaimanakah-Ia-Berfungsi
Rosemarry bukan hanya digunakan dalam masakan tapi memberi efek yang positif kepada minda

Kebaikan essential oil untuk badan

Essential oil menjadi antiseptik dan rawatan semulajadi untuk badan. Kebanyakan EO adalah bersifat antivirus, antikulat dan antibakteria.

Tea tree oil adalah salah satu antiseptik yang telah terbukti dapat membunuh bakteria, fungus dan virus yang boleh menyebabkan jangkitan. Ada kajian menunjukkan luka yang dirawat menggunakan tea tree oil pulih lebih cepat dari menggunakan alkohol.

Tea tree oil adalah essential oil yang digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik, perubatan dan pembersihan

Selain itu essential oil juga dapat digunakan untuk menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan inflamasi seperti lebam-lebam. EO juga dapat meningkatkan imuniti dan menggalakkan penghasilan hormon.

Kebaikan essential oil untuk jiwa

Essential oil telah digunakan zaman berzaman meningkatkan khusyuk dalam beribadah. Sebagai muslim disunnahkan memakai bau-bauan semasa solat.

Essential oil dari Frankinsence, Cedarwood dan Rose banyak digunakan dalam upacara keagamaan untuk meningkatkan penghayatan dan suasana yang lebih mendamaikan.

Frankinsence telah digunakan turun temurun dalam aktiviti keagamaan

Itu adalah 3 cara bagaimana essential oil membawa kebaikan kepada manusia. Secara umumnya penggunaan essential oil akan meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan pergantungan kita pada bahan kimia berbahaya.

Cara-Daftar-Agen-dan-Dropship-Tasneem-Naturel
Rangkaian Jagaan bayi Baby New Range yang dirumus berasaskan essential oil mengikut sukatan yang bersesuaian untuk bayi dan kanak2

Kerana Tasneem Naturel mengambil inisiatif mengeluarkan produk sedia untuk digunakan berasaskan essential oil bagi memudahkan masyarakat mendapat kebaikannya terutama dalam produk untuk bayi dan kanak-kanak.

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge