Apakah Psoriasis dan Adakah ia Berjangkit?

0
27
views

Sejak Tasneem Naturel perkenalkan rawatan semulajadi untuk masalah kulit, pelbagai masalah kulit dirujuk kepada kami. Pastinya pengidap masalah kulit sentiasa mencari yang terbaik untuk mengatasi masalah yang mereka sedang hadapi.

Salah satu masalah kulit yang saya pun baru tahu mengenainya ialah Psoriasis. Bila tengok gambar barulah saya tahu ia adalah sejenis masalah kulit yang biasa kita jumpa, cuma tak tahu apa namanya.

Psoriasis mempunyai banyak jenis, gambar ini jenis scalp psoriasis.

Psoriasis ialah sejenis penyakit auto imun kronik yang menjejaskan kulit dan berbentuk tompokan merah menebal serta diliputi oleh sel kulit mati berwarna putih keperangan.

Tompokan ini sering terbentuk pada kulit kepala, lutut, siku dan bahagian bawah belakang badan dengan ciri kulit bertompok yang diliputi sisik sel kulit mati berwarna putih.

Tompok merah diliputi oleh sel kulit mati berwarna putih keperangan ini menyebabkan kegatalan dan rasa tak selesa

Ia berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit. Kira bahasanya mudahnya kulit bahagian tu cepat sangat matang berbanding bahagian lain, hingga menyebabkan ia timbul.

Doktor cakap kulit orang psoriasis ni tak normal, cepat sangat matang. Tapi pesakit tak boleh kopek kulit tu, nanti makin teruk dan makin menebal. Yang penting pastikan kulit sentiasa lembab, jaga pemakanan dan elakkan pengidap dari stress.

Puan Huda, isteri kepada pengidap Psoriasis

Mengikut artikel di myhealth.goy.my , Psoriasis tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal. 3 jenis rawatan yang biasa diberikan ialah

  • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
  • Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA
Kulit hendaklah dipastikan sentiasa lembab bagi mengelakkan rasa kurang selesa dan gatal

Selain menjalani rawatan, pengidap Psoriasis boleh mengawal masalah ini dengan menjaga pemakanan dan kawalan emosi.

Makanan tinggi histamin seperti ikan kering, makanan yang dijeruk, produk tenusu dan ikan tertentu sebaiknya dielakkan untuk mengurangkan gejala. Banyakkan ambil makanan yang segar dan masih baru. Pengidap boleh mengenal pasti sendiri makanan yang menyebabkan gejala bertambah banyak dan cuba elakkan.

Faktor emosi juga mempengaruhi gejala Psoriasis. Pengidap yang stress akan mempercepatkan lagi pertumbuhan kulit sekaligus mendatangkan kesan gatal dan tak selesa.

Gangguan psikologi sering menghantui pengidap psoriasis kerana pandangan serong dari masyarat

Pengidap Psoriasis juga seringkali mengalami gangguan psikologi kerana pandangan orang lain. Ini kerana salah faham yang penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan. Pesakit Psoriasis boleh mendapat sokongan dari mereka yang pernah melalui pengalaman ini seperti yang sedang dilakukan oleh Persatuan Psoriasis Malaysia.

Bagi yang mencari produk semulajadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan Losyen Kalmy dari Tasneem Naturel. Losyen ini tidak mempunyai bahan kimia berbahaya dan diperkaya dengan manfaat dari essential oil. Bau wangi dari bahan semulajadi ini juga secara tak langsung dapat memberikan ketenangan kepada pengidap.

Selain itu Tasneem Naturel juga mengeluarkan mandian dari bahan semulajadi tanpa SLS dan Pareben. Sodium lauryl sulfate (SLS) sudah sedia maklum boleh menyebabkan kekeringan pada permukaan kulit.

Bahan kimia lain dalam mandian di pasaran juga boleh menjejaskan bakteria baik pada permukaan kulit sekaligus menyebabkan tiada perlindungan untuk kulit. Jadi pilihan mandian Calm Bath dari bahan semulajadi adalah sangat disyorkan untuk pengidap psoriasis.

Walau bagaimanapun produk Tasneem bukanlah dirumus khas untuk mengatasi gejala Psoriasis. Ia dirumus untuk mengatasi masalah kulit secara umum, namun sangat mendapat sambutan dari mereka yang mahukan alternatif rawatan tanpa steroid dan bahan kimia berbahaya.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 0194715407.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge