in BIJAK NIAGA

Tips Membina Imaginasi Superhero yang Positif

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Anak lelaki dan watak superhero bagai tidak dapat dipisahkan. Walaupun realitinya ibubapa sedar ia bukanlah perkembangan yang bagus, namun seringkali kita putus idea bagaimana hendak menguruskan ‘kekaguman’ mereka terhadap watak-watak superhero dalam animasi kanak-kanak. Anakanda Fateh baru berusia 6 tahun, masih terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan mengenai minatnya. Namun sedikit sebanyak saya bersyukur dengan perkembangan positifnya kebelakangan ini. Perubahan yang ketara hanya selepas saya pulang dari Seminar Teknik Hafazan pada bulan Februari 2016. Antara ilmu penting yang saya perolehi dari seminar ini adalah kehebatan daya imaginasi kanak-kanak. Dan amatlah rugi potensi imaginasi…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Tips Anak Mudah Bangun Pagi

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Alhamdulillah, kembali ke rutin harian hari ni selepas hampir seminggu berkelana. Syukur berpeluang menyambut aidilfitri 1437H bersama keluarga kedua-dua belah, dan dapat berjumpa hampir semua sanak saudara. Rezeki tu kan. Dan Alhamdulillah walaupun selepas seminggu berubah rutin, anak-anak masih mudah di urus pagi ini. Walaupun letih perjalanan tu masih ada, tapi kuranglah ‘drama pagi’ tu kan. Hari ni suka saya nak kongsikan ilmu yang saya belajar dari ibu-ibu senior iaitu tips anak mudah bangun pagi. 1) Rutinkan tidur awal Ini adalah persediaan paling asas. Kalau waktu tidur tidak dirutinkan, memang agak sukar untuk…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Aktiviti Bersama Anak-anak Ketika Dalam Perjalanan

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Alhamdulillah, harini sudah Ramadan ke 26. Sudah mula terasa bahang hari lebaran, hanya tunggu masa sahaja semua nak berangkat pulang ke kampung halaman. Umum mengetahui, setiap kali musim perayaan, banyak masa dihabiskan di jalan raya teruatama bagi yang tinggal berjauhan dari keluarga. Dan paling simpati ialah anak-anak yang terpaksa menahan kejemuan berada lama di atas kenderaan. Tidak terkecuali anak-anak saya. Tidur berkali-kali pun masih belum sampai. Jadi di sini saya kongsikan aktiviti yang boleh dimainkan bersama anak-anak ketika berada dalam perjalanan. Semoga dengannya dapatlah kita isi masa anak-anak dengan aktiviti bermanfaat…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pusat Sains Negara Alor Setar

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Alhamdullillah setelah sekian lama menyimpan hasrat nak bawa anak ke Pusat Sains Negara cawangan utara ni, Allah takdirkan Ramadan 1437 untuk kami sampai di sini. Walhal jarak perjalanan dari rumah ibubapa saya kurang dari 15 minit pun. Tapi biasalah, bila dah balik kampung tu ada saja la agenda bersama keluarga kan. Ok, cerita pasal Pusat Sains Negara cawangan utara ni, kewujudannya mungkin masih kurang mendapat liputan yang meluas. Mungkin papan tanda menghala ke pusat ini juga tidak ‘semeriah’ ke lokasi pelancongan lain. Kebanyakan pelawat hanya tahu mengenai muzium padi, sedangkan…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Peristiwa Menggerunkan di Taman Permainan

Petang tadi berlaku satu kejadian yang membuat hampir ‘kering darah’ ummi menyaksikannya. Kejadian tu berlaku di taman permainan. Asalnya anak-anak hanya nak bermain mainan di situ. Setelah habis ‘melawat’ semua mainan, anakanda Faqihah minta izin untuk jogging. Saya pun antara nak lepas tak lepas iyakan ja. Memang selalu kami jogging bersama, tapi petang-petang hari puasa ni takda la gigih ummi nak berjoging. Siap dengan skirt labuh bagai nye. Jadi saya pun jalan je lah dalam trek tu. Trek jogging membentuk segiempat di sekeliling taman permainan. Di tepi taman permainan adalah jalan besar dan jalan taman perumahan. Keadaan agak selamat kerana…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Sambut Anak Bangun Tidur

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Sambut Anak Bangun Tidur? Perlu ke? Jawapan saya, buat ja dulu. Pasti anda boleh melihat perubahan positif dalam keluarga, in syaa Allah. Saya sendiri tak mulakan rutin sambut anak bangun tidur ni masa anak sulung pun. Tapi bila saya dah mula budayakan dalam keluarga, suasana waktu pagi keluarga kami pun mula berubah. Ceritanya bermula ketika saya menghantar anakanda Faqihah ke Hadanah Pusat Islam, USM ketika dia berusia 1 tahun. Pusat jagaan ini mengamalkan konsep terbuka di mana ibubapa boleh datang menyusukan anak dan bermain pada bila-bila masa. Seringkali apabila saya sampai pada waktu…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Tips Pilih Baju Melayu untuk Baby Hero

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, sudah masuk 15 Ramadan hari ini. Moga-moga semakin banyak kebaikan-kebaikan yang dapat kita amalkan dan keburukan-keburukan yang dapat kita tinggalkan. Ameen. Teringat nostalgia 6 tahun lalu, ketika baru bergelar ibu. Musim Ramadan ni excited mencari baju raya untuk permata hati tersayang, anakanda Fateh. Masa tu pertimbangan lebih kepada warna, jenis kain dan harga. Rasa dah puas hati dah pilih. Alih-alih bila hari raya menjelma, udahlah nak pakaikan pun jenuh dipujuk. Lepas tu sekerat hari ja dah garu sana-sini, rimas! Dari situ saya belajar, cantik di mata mak belum tentu selesa untuk…

Continue reading
in Umum

Bermain adalah Terapi Emosi Kanak-kanak

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Umum mengetahui dunia kanak-kanak adalah bermain. Namun kadangkala kita terlalai dari ‘mengiktiraf’ dunia mereka ini. Terutamanya apabila kita berada dalam mood bukan rutin contohnya melancong, balik kampung mahupun menguruskan ahli keluarga yang sakit. Secara peribadi saya sendiri pernah terlalai dari menyediakan peluang bermain untuk anak-anak. Satu peristiwa yang saya paling ingati ialah ketika usia anakanda Faqihah 2 tahun. Peristiwa ini mengajar saya bahawa bermain adalah terapi emosi kanak-kanak. Ketika itu kami pulang ke kampung keluarga mertua saya pada cuti hujung minggu. Persiapan pulang agak sederhana kerana merasakan tempoh kami berada di sana…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Abang Belajar Puasa, Adik Pun Perlu Bekerjasama

Salam 13 Ramadan 1437H! Pagi tadi hampir-hampir puasa anakanda Fateh terbabas. Seperti sebelumnya, ia berlaku tanpa sedar kerana baru belajar puasa. Ketika itu mereka dua beradik sedang meniarap berkongsi membaca buku yang sama. Tiba-tiba adiknya bangun dan mengambil bekas yang mengandungi biskut gula. Bekas itu diletakkan di hadapan mereka dan dia makan sambil dia mendengar abangnya bacakan buku. Pastinya abang yang sedang belajar puasa ni dah tergugat dengan aroma biskut kegemaran mereka itu. Ketika itu saya berada di dalam bilik. Tiba-tiba ja saya rasa nak keluar menjenguk mereka. Tanpa sedar anakanda Fateh telah capai biskut itu dan menggigitnya ketika saya keluar…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

3 Kelebihan Anak Belajar Puasa Menggunakan Jurnal Ramadan

Teringat masa kecik-kecik dulu, ayat keramat bila masuk Ramadan ‘Sapa tak posa, tak boleh raya’ Namun hakikatnya bila Syawal menjelma, yang puasa ke tak puasa ke semua dapat baru baru. Semua berjalan kutip duit raya sama-sama. Iya, mungkin itu cara pendidikan yang relevan semasa kita membesar. Dan Alhamdulillah teknik tu telah berjaya mentarbiah ramai umat Islam belajar puasa sejak kecil. Tapi, zaman dah berubah. Perkembangan ilmu semakin pesat. Adakah kaedah kita mendidik anak masih sama seperti dulu-dulu? Tepuk dada, tanyalah minda masing-masing. Hanya kita yang tau jawapannya. Sempena dengan Ramadan yang mulia ini, suka saya berkongsi pengalaman pertama anakanda Fateh…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Ummi Cuai, Anak Buka Puasa Awal!

Alhamdulillah, dah masuk Ramadan ke-6. Semoga momentum ibadah Ramadan kita semakin bertambah baik. Jangan pulak awal-awal semangat, makin hari makin lemah kan. Rugi kan, kerana Ramadan ni kemuncaknya di hujung. Masya Allah, moga-moga Allah pilih kita menjadi Ahli Ramadan yang berjaya. Hari ni ummi insaf..sob..sob.. Betul lah perjalanan hidup ni satu pengalaman. Ummi belajar dari kecuaian, anakanda Fateh buka puasa awal. Oleh kerana anakanda Fateh mula berpuasa dengan agak mudah, jadi ummi tak buat apa-apa persiapan mental pun. Semalam masa scroll kat facebook jumpa ada sorang ibu ni kongsi pasal perlunya pastikan peti sejuk kosong dari sebarang makanan yang mungkin…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Sahur Pertama Ramadan Fateh

Semalam puasa anakanda Fateh sungguh syahdu sekali. Kejut sahur tak bangun, dan paginya dia bangun awal pulak. Sekitar pukul 10 dia dah mula minta nak makan. Saya pun terangkan padanya kalau dah makan tak kira puasa dah hari tu. Nanti tak boleh lekat sticker kat Pohon Ramadan. Dia pun akur. Saya pun temankan dia main educational toys bersama adiknya. Dapatlah lengahkan masa dia dari fikirkan lapar. Tapi dugaan memang agak mencabar kat rumah ni. Kami tinggal di apartment yang rata-rata penghuninya adalah bukan Islam. Selepas pukul 10 pagi, aroma masakan mula menusuk hidung. Kejap-kejap dari rumah sebelah, kejap dari tingkat…

Continue reading
Close