latih anak puasa di bulan ramadan
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Puasa Ramadan Pertama Anakanda Fateh

Alhamdulillah, ini tahun ke 6 ummi dan abah sambut Ramadan di samping anakanda Fateh. Namun ia Ramadan pertama yang Fateh mula fahami kehadirannya. Tahun lepas ada la dia sebut pasal puasa, tapi dia sendiri masih belum faham maksud puasa tu. Tapi tahun ni, dengan bantuan guru-guru dari Tadika Pusat Islam USM, Fateh sudah mula sebut mengenai puasa dan Ramadan sejak sebulan sebelum lagi. Walaupun secara peribadi ummi tidak merancang pun nak latih Fateh puasa tahun ni, tapi ada la idea dalam kepala tu nak perkenalkan dia dengan bulan Ramadan. Sampailah seminggu sebelum puasa saya sibuk uruskan pengeposan Jurnal Ramadan keluaran…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Faqihah Turns 4!

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, 4 tahun sudah Allah pinjamkan anak dara petah ini kepada kami. Sebagaimana ibu lain, saya juga merasakan masa sungguh pantas berlalu. Apatah lagi dengan perkambangannya yang cepat dalam pelbagai aspek, menjadikan saya rasa seperti ‘tidak sempat’ mengisi masa-masa berkualiti bersamanya. Begitulah Allah aturkan kehidupan. Ada anak yang kita rasa perlu beri perhatian dalam segala aspek kehidupan mereka. Pemakanannya, perkembangannya, keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Dan ada saatnya Allah kurniakan anak yang serba serbi terasa mudah untuk diuruskan. Usah terlalu gah bercerita dengan yang mudah-mudah, dan jangan hanyut dalam rungutan atas segala kesukaran….

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Betulkah Anak Nakal untuk Dapatkan Perhatian?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Betulkah Anak Nakal untuk Dapatkan Perhatian? Sebelum ini saya pun kurang pasti tentang hal ini. Walaupun kadangkala dapat juga tengok bila saya terlalu sibuk dengan kerja anak pun ‘macam-macam’ Sampailah peristiwa ini berlaku dalam tempoh yang singkat, menjadikan saya sangat yakin mengenai fakta anak nakal untuk dapatkan perhatian. Ahad lepas abang susuan Anakanda Fateh datang ke teratak comel kami. Mereka memang rapat dan sentiasa berjumpa setiap kali cuti sekolah. Macam-macam lah aktiviti yang mereka reka dan enjoy bersama. Malangnya aktiviti pada hari Isnin semua kurang sesuai dengan anak dara cilik kami. Main…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Catatan Pengalaman Kelas Penulisan Blog

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Saya sudah beberapa kali membuat blog tetapi tidak bertahan lama. Tetapi apabila bergiat serius dengan perniagaan internet, saya mula menyedari kepentingan mempunyai blog yang aktif. Jadi pada bulan Mac 2015, saya telah membuat keputusan untuk menyertai kelas penulisan ABDR. Tujuan saya menyertai kelas penulisan ini adalah untuk membina disipin menulis blog dan menguasai kemahiran menulis dengan SEO yang tinggi. Alhamdulillah pada bulan pertama saya menyertai kelas penulisan, saya dapat menulis dengan konsisten setiap hari. Namun saya hilang tumpuan seketika apabila memulakan kerja teknikal membangunkan laman web e-commerce. Dan selepas kembalimenulis, saya belum mendapat rentak…

Continue reading
in Umum

2/3 Masa Setiap Hari untuk Berimaginasi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid “Anak kecil menghabiskan 2/3 masa seharian untuk berimaginasi” – Dr Stephanie Carlson- Benarkah? Bagi ibu-ibu yang selalu menghabiskan masa seharian bersama anak-anak memang boleh menerima kenyataan ini. 😀 Semua benda boleh menjadi sumber imaginasi mereka. Semalam anakanda Fateh bersama sepupunya Fauzan bermain dengan rumah kotak ni. Lebih dari sejam mereka dapat bermain dengan pelbaagai imaginasi yang rencam. Bermula daru pondok-pondok tempat main lego, sambung dengan perang palestin-israel, berangan tidur malam-malam sampailah kotak tu pun dah lembek. Maklumla, ummi lambat DIY playhouse, dah terlebih umur yang mainnya. Tapi ituah hakikat dunia kanak-kanak kan….

Continue reading
in Umum

Kepentingan Koordinasi Mata-Tangan (Hand-eye coordination)

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Salah satu elemen yang penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak ialah koordinasi mata-tangan (hand-eye coordination). Seringkali semasa memilih mainan, kita dapati antara fungsinya adalah untuk membantu perkembangan koordinasi mata-tangan. Apakah koordinasi mata-tangan? Koordinasi mata-tangan ialah proses di mana mata menyelaras aktiviti tangan. Apabila mata melihat sesuatu, isyarat maklumat dihantar dengan sangat pantas ke otak – otak tafsirkan tindakan dan terus menghantar isyarat maklumat yang sangat pantas untuk tangan bertindak. Proses ini berlaku dengan sangat pantas, dan ia kelihatan seperti sangat mudah. Tapi tidak bagi anak kecil yang baru belajar menggunakan tangan untuk pelbagai…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Pengalaman Anak Buat Aiskrim Sumi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Sekolah anakanda Fateh nak buat sambutan hari guru pada hari Jumaat. Saya bertanya kalau dia ada idea apa yang nak dibawa untuk jamuan di sekolahnya. Dia kata tak kisah ja, bawak ja apa-apa yang ummi buat. Saya pun dapat idea untuk buat aiskrim sumi ni, kerana sesuai untuk jamuan tadika dan boleh disediakan dalam kuantiiti yang banyak. Jadi saya pun belilah bahan-bahan untuk membuat aiskrim sumi ni. Bila anakanda Fateh tengok bahan-bahan ni, dia sangat teruja. Tambah pula bila saya maklumkan ia untuk jamuan di sekolahnya. Tak sabar-sabar dia nak tolong saya…

Continue reading
in Review

Aktiviti Matematik untuk Anak 3 Tahun

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, si manja anda sudah mula berdiri pada usia 3 tahun. Mereka pun sudah semakin lasak dan banyak bercakap untuk meluahkan apa yang ada di dalam fikiran. Mereka juga sudah mampu untuk mempelajari konsep-konsep matematik mudah yang boleh di ajar secara santai. Di sini saya kongsikan pendedahan dari Puan Rohani Sheikh Omar di dalam bukunya “Didik Anak Jadi Pintar” bagaimana kita boleh melaksanakan aktiviti matematik untuk anak 3 tahun. Salah satu aktiviti yang sesuai ialah penyesuaian. Banyak cari untuk melakukan aktiviti penyesuaian, jom semak kat sini. Warna – gunakan kad warna dan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Kebaikan Ibubapa Mengajar Anak Sendiri di Rumah

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Saya kira, mengajar anak sendiri menjadi impian semua ibu-ibu. Walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang pendidikan, tapi secara fitrahnya seorang ibu memang mampu mengajar anak sendiri di rumah. Alhamdulillah, saya mendapat input mengenai kaedah mengajar anak di rumah secara tidak langsung dari bacaan di blog. Sebelum melahirkan anak sulung, saya suka membaca mengenai penyusuan susu ibu. Dan kebanyakan blogger yang saya ikuti seperti Puan Farah Sarakids dan Puan Suraya Lunatots suka berkongsi mengenai aktiviti bersama anak-anak. Jadi secara tidak langsung saya dapat belajar mengenai homeschooling. Kini, setelah anak sulung berusia 6 tahun…

Continue reading
in Review

Ciri-ciri Kad Imbas yang Bagus

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Kad Imbas sangat bagus digunakan untuk proses pembelajaran bayi dan kanak-kanak. Minda mereka dapat merakam maklumat yang diimbas dengan cepat berbanding menggunakan buku. Ia bersesuaian dengan tempoh fokus bayi dan kanak-kanak yang masih singkat. Ramai ibubapa yang rajin menghasilkan kad imbas sendiri. Namun kekangan masa menjadikan ibubapa memilih untuk membeli pelbagai kad imbas yang ada dalam pasaran. Berikut adalah ciri-ciri kad imbas yang dapat memberikan hasil yang optimum kepada bayi. 1) Latar belakang kad berwarna putih, tulisan berwarna hitam atau merah Ini adalah kad imbas terbaik untuk perkenalkan huruf/nombor kepada bayi. Ia…

Continue reading
in Umum

Kenapa Anak Kecil Suka Conteng Dinding?

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Kalau masuk satu rumah yang dindingnya berconteng, orang dah tau ; mesti ada budak kecik.. Soalnya kenapa anak kecil suka conteng dinding, sedangkan dah disediakan buku dan kertas untuk dia menconteng. Ini adalah beberapa sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding 1) Kedudukan pada paras mata Keadaan menulis pada paras mata menjadikan anak dapat menulis dengan lebih selesa. Dan bagi anak kecil, berdiri adalah posisi yang selesa untuk dia bereksplorasi. Itulah kenapa kebanyakan kanak-kanak tidak suka duduk menulis di kertas 2) Ruang menulis tanpa batasan Dunia imaginasi anak kecil sangat luas, sedangkan saiz…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Mainan teka ABC tanpa kertas

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Kenal ABC adalah salah satu asas untuk memahami ilmu. Lebih awal anak kenal ABC dan boleh membaca, lagi banyak Kelebihan yang anak boleh terokai. Namun yang penting, kita tidak boleh melawan fitrah mereka yang suka bermain itu dengan membebankan mereka dengan perkara yang berat. Kelak anak-anak akan jemu dan hilang minat untuk belajar. Ada pelbagai cara untuk belajar secara santai dengan anak-anak, dan salah satunya ialah Mainan Teka ABC. Mainan ini sesuai untuk anak yang sudah belajar ABC beserta contoh-contoh benda bagi setiap abjad. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 2 kanak-kanak disamping seorang dewasa sebagai tukang…

Continue reading
Close