Baby SPA Set Tasneem Naturel antara Barang Keperluan Bayi Baru Lahir

0
162
views

Setiap ibubapa pasti teruja dengan kehadiran orang baru. Seboleh mungkin kita mahu sediakan barang keperuan bayi baru lahir sebaik mungkin. Dengan harapan kelak semua urusan berkaitan si manja akan berjalan lancar.

Antara barang keperluan yang perlu disediakan ada pakaian bayi, lampin pakai buang, selimut, peralatan untuk membawa bayi serta barang jagaan bayi.

Keperluan utama bayi baru lahir adalah keperluan emosi dan fisiologi. Barang-barang lain adalah untuk memberikan keselesaaan sahaja

Barang jagaan bayi adalah antara keperluan yang kerap digunakan untuk bayi setiap hari. Terdapat pelbagai produk penjagaan bayi yang ada di pasaran. Namun sebagai ibubapa kita perlulah memilih produk yang paling selamat untuk kulit bayi yang masih terlalu fragile untuk didedahkan dengan bahan kimia berbahaya.

Atas kesedaran itu Tasneem Naturel mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Baby Spa Set yang merupakan set jagaan lengkap untuk bayi dan kanak-kanak.

Baby SPA set ini dikeluarkan bagi memenuhi keperluan ibubaya yang mementingkan penggunaan bahan yang semulajadi dan selamat terutama untuk bayi

Baby SPA Set ini terdiri daripada 3 langkah jagaan

Langkah pertama – mandian Head to Toe

Mandian ini digunakan semasa mandikan bayi keseluruhan badan hingga ke kepala. Mandian dari bahan semula jadi sepenuhnya ini dirumus tanpa SLS dan paraben yang boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit bayi.

Langkah kedua – Urutkan bayi menggunakan Baby Massage Oil

Kebiasaannya selepas mandikan bayi kita hanya mengurut perut dan kaki bayi untuk elakkan kembung. Sebenarnya keseluruhan badan bayi boleh diurut menggunakan teknik yang betul. Dan bayi yang biasa di urut jelas sangat sukakan rutin ini dari respon mereka bila diurut.

Tak perlu risau jika anda belum mahir mengurut bayi kerana di dalam Baby Spa Set ini terdapat booklet panduan langkah demi langkah untuk urutan bayi. Bila dah selalu prektis kita akan lebih cekap mengurut bayi. Ia pastinya akan menjadi saat yang dinanti-nanti oleh anak kita dan kita sendiri!

Langkah ketiga – Lembabkan kulit bayi dengan losyen

Pendedahan pada persekitaran boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kering. Ini boleh mengundang rasa tak selesa bila bayi menggesel antara kulit. Bagi mengelakkan keadaan ini, lembabkan kulit bayi menggunakan losyen dari bahan-bahan semulajadi ini. Kita akan rasa selamat untuk gunakan pada kulit bayi dan bayi juga akan beroleh manfaat dari kandungan losyen ini.

Semua 3 langkah dalam Baby Spa Set ini menggunakan rumusan essential oil yang dapat membantu menenangkan bayi, membantu tidur yang lebih nyenyak seterusnya meningkatkan kesihatan bayi secara menyeluruh.

Manfaat utama dari baby SPA set ini ialah bayi lebih tenang, tidur lebih nyenyak dan lebih sihat

Yang lebih penting kita sebagai ibubapa akan rasa selamat setiap kali menggunakan produk ini kepada bayi kerana yakin ia hanya mengandungi bahan-bahan yang selamat dari alam semulajadi. Pastinya kita sebagai ibubapa mahukan yang terbaik untuk permata hati kita kan.

Jadi pastinya Baby SPA Set adalah pilihan terbaik untuk setiap ibubapa yang mempunyai anak kecil di rumah. Untuk dapatkan pakej Baby SPA set ni boleh wasap saya di +60194715407.

balmtasneemnaturel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here