Bagaimana Pemikiran Aras Tinggi Seorang Muslim

0
135
views

Teks : Sakinahamid

Foto : Google

KBAT – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pernah menjadi satu fenomena ketika baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2013. Alhamdulillah ketika itu saya juga mendapat pendedahan secara langsung dari kementerian pelajaran kerana sedang mengajar subjek sains dan matematik.

Ketika seisi pembentangan, saya sungguh teruja dengan pelbagai elemen dalam proses pembelajaran yang melibatkan KBAT ini. Andai kata apa yang dibincangkan di dalam bilik-bilik kursus itu memang diamalkan, masyaa Allah sangat beruntung anak-anak yang berada di bangku sekolah sekarang.

Namun hakikatnya apabila perlaksaaan dijalankan, ia menjadi igauan ngeri kepada banyak pihak terutamanya pelajar. Hanya mereka yang menekuni secara langsung akan memahami betapa pincangnya proses perlaksanaan yang sedang berlaku.

Itu kisah 3 tahun lalu, yang isunya masih belum berpenghujung.

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan mendengar slot Pesona D’Zahra di stesen radio IKIM.fm. ┬áSlot yang diisi oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin sangat memberi kesan kepada jiwa saya. Betapa kita tidak menggali mutiara ilmu yang jauh lebih hebat mengenai Pemikiran Aras Tinggi mengikut acuan Al Quran dan Sunnah.

Sebelum bercerita mengenai Pemikiran aras tinggi, ustaz menjelas ada 3 tahap pemikiran manusia.

Peringkat pemikiran aras rendah ialah mereka yang suka guna perkataan ‘kalau’, suka bercakap mengenai masalah, nak kerja yang senang-senang saja, ┬ásuka komen kerja orang lain dan suka bercakap ke arah lucah (double meaning).

Peringkat pemikiran sederhana ialah orang yang sangat suka bercakap-cakap mengenai pelbagai peristiwa. Mereka suka memberi komen mengenai sesuatu hal tetapi tiada penyelesaian mahupun tindakan yang diambil.

Dan seterusnya, peringkat yang menjadi idaman kita semua ialah pemikiran aras tinggi. Pemikir aras tinggi adalah orang yang sentiasa mempunyai wawasan yang hendak dicapai dalam hidup. Dia sentiasa perancangan apa yang hendak dibuat dan mempunyai cadangan yang akan dilaksanakan.

Pemikir aras tinggi adalah seorang yang peka dengan persekitaran. Dia mempunyai rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku tanpa perlu disuruh. Contoh yang ustaz kemukakan, latih anak untuk peka dengan persekitaran rumah walaupun ada pembantu rumah. Didik sampai bila anak nampak sampah, dia rasa bertanggungjawab untuk kemaskan tanpa disuruh.

Ibubapa yang hendak melahirkan anak yang mempunyai pemikiran aras tinggi hendaklah sentiasa menanamkan dalam fikiran anak prinsip-prinsip yang positif. Dari hal yang sekecil-kecil seperti pemakanan, kebersihan dan sebagainya.

Untuk melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran aras tinggi, ibubapa perlu mempunyai persediaan ilmu. Ilmu ini di ajar pada anak, dan bimbing mereka untuk amalkan dalam kehidupan.

Begitu banyak persediaan yang diperlukan dalam melahirkan generasi pemikir aras tinggi. Ia adalah satu proses jangka panjang yang tidak boleh diubah sehari dua. Dan ia juga melibatkan semua pihak bermula dari rumah, di sekolah, pusat-pusat pengajian seterusnya semua elemen dalam struktur masyarakat kita.

Apabila budaya pemikiran aras tinggi sudah disuburkan di semua tempat, ketika itulah segala hasrat dan perubahan ke arah pembentukan masyarakat yang lebih baik akan berlaku dengan baik. Dan ketika itu pemikiran aras tinggi bukan la satu silibus tetapi sebuah budaya yang sebur di mana-mana.

Jadi semua itu bermula dari kita, ibubapa yang sedang mengasuh pemikiran aras tinggi kepada anak-anak kita, in syaa Allah.

 

Previous articleJom Buat Robot
Next articleTeknik Pernafasan untuk Menjadi Ibu yang Lebih Tenang
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here