Alhamdulilah hari ini sudah kembali ke rutin asal walaupun anak belum mula bersekolah. Masih ramai yang sedang menikmati cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Bila cuti macam biasalah lah, sinonim dengan aktiviti kenduri dan makan-makan di sana sini. Semasa kenduri di rumah ibu saudara baru-baru ini, saya semakin sedar kawalan keinginan terhadap makanan manis semakin bertambah baik.

ketagihangula

Sebenarnya sebelum ini saya tidak sedar saya sebenarnya mengalami ketagihan gula. Ini kerana alasan tipikal saya jarang ambil minuman manis. Kebanyakan masa saya akan minum air masak kecuali sesekali melepas rindu kepada minuman kegemaran ketika makan di luar.

Saya langsung tak rasa saya ketagihan gula. Sampailah saya terjumpa satu cabaran di laman facebook untuk tinggalkan pengambilan gula putih dan pemanis tambahan yang lain. Saya pun sertai cabaran ini untuk suka-suka sahaja.

No Sugar Challenge.

Cabaran yang berlangsung selama 7 hari ini akhirnya berjaya mengubah persepsi saya terhadap pengambilan gula. Segala sangkaan saya selama ini mengenai gaya hidup sihat meleset sama sekali.

ketagihangula

Tanpa sedar saya selalu sarapan dengan kuih muih melayu yang manis.

Tanpa sedar saya mengambil gula yang sangat banyak dengan pelbagai kek continental kegemaran saya.

Tanpa sedar saya adalah penggemar pelbagai makanan bercoklat, aiskrim, makanan bersos dan banyak lagi makanan berproses yang mengandungi gula yang tinggi.

ketagihangula

Hanya tidak mengambil minuman manis sebenarnya sangat jauh dari gaya pemakanan yang sihat. Syukur Alhamdulillah saya bertemu dengan pilihan yang betul untuk gaya pemakanan yang sihat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran ini boleh ke laman web ini.