Bagi saya yang lahir di era 80-an, penggunaan vicks adalah terlalu biasa. Sejak kenal dunia, kami akan menggunakan vicks setiap kali selsema. Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada vicks dalam simpanan.

Namun apabila zaman berubah, kita perlu belajar untuk terima hakikat apa yang kita sudah lama amalkan itu tidak sesuai untuk diteruskan. Baru-baru ini berlaku tular di laman sosial bahawa penggunaan vicks adalah berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Bagi mereka yang ‘membesar’ bersama vicks seperti saya, ia kedengaran kelakar kan.

bahayagunavicks

Botol vicks legend ni boleh dikatakan ada di hampir setiap rumah satu ketika dulu

Ok, jom kita fahami apa masalahnya dengan penggunaan vicks. Vicks adalah salap beruap yang bertujuan untuk membantu melegakan pernafasan ketika selsema. Terdapat 2 jenis vicks di pasaran iaitu vicks vaporub dan baby balsam.

bahayagunavicks

Kandungan vicks vaporub ialah Eucalyptus Oil, Menthol and CamphorKandungan camphor ini yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dan kanak-kanak. Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bayi mendapat sawan selepas terdedah kepada minyak camphor di dalam upacara keagamaan.

Walaupun ia adalah kes-kes terpencil, namun pastinya sebagai ibubapa kita mahu jauhkan anak-anak dari punca-punca yang boleh membawa keburukan kepada anak. Laporan kes ini boleh dibaca dari pautan pada tulisan doktor berpengalaman, Dr Suhazeli Abdullah.

Selain vicks, terdapat juga beberapa produk dalam pasaran yang mempunyai camphor.

bahayagunavicks

Jika diteliti kandungan Vicks Baby Balsam, ia adalah lebih selamat untuk kegunaan bayi. Ia mengandungi lebih banyak bahan dari sumber semulajadi. Namun masih terdapat bahan sentetik di campur di dalamnya.

Petrolatum, Fragrance Eucalyptus extract, coconut oils, mineral oil, Aloe extract, Rosemary extract, Lavender extract.

Bagi ibubapa yang mahu mendapatkan produk yang menggunakan bahan semulajadi sepenuhnya, kita sudah ada pilihan yang lebih baik sekarang. Alhamdulillah.

bahayagunavicks

Produk Tasneem Natural telah mengambil inisiatif mengeluarkan balm untuk membantu kelegaan batuk dan selsema. Ia adalah memggabungkan minyak pati tumbuhan (Essential oil) yang dilarutkan pada medium beeswax dan shea butter yang lebih selamat untuk bayi.

batukberkahak

Penggunaan minyak pati memamg sudah diyakini sekian lama dapat melegakan pelbagai gejala kesihatan dengan kaedah semulajadi. Apabila dihasilkan dalam bentuk balm, ia memberikan banyak kemudahan kepada ibubapa untuk mendapatkan khasiat minyak pati tumbuhan.

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai Coughflu balm dari Tasneem Naturel, boleh klik sini SINI. Semoga ia dapat membantu ibubapa yang sedang mencari kaedah merawat selsema dan batuk anak-anak secara alami.

Rujukan asal Dr Suhazeli Abdullah:

[1] Camphorated oil: Endangered canadian Children. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1337979/?page=1
[2] Kes sawan. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19403490
[3] keracunan muntah dan hiperaktif. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20693855
[4] Saranan dari pihak farmasi. https://twitter.com/UbatOhUbat/status/744547896377253888