Bahaya Picit Hidung Anak Waktu Bagi Makan Ubat

0
216
views
anaksusahmakanubat

Pagi tadi saya terbaca berita viral mengenai seorang bapa yang menggunakan spray hidung untuk atasi masalah hidung tersumbat. Tak sanggup nak tengok keseluruhan video.

Tapi dari pemerhatian sepintas lalu, caranya jelas boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil. Ramai yang mengecam cara penggunaannya yang salah. Semoga beliau beroleh petunjuk bagaimana untuk menguruskan masalah kesihatan anak dengan lebih selamat.

Isu ini mengingatkan kejadian yang berlaku pada saya sendiri. Saya tak sedar pun la. Tapi abah selalu sangat ulang-ulang kisah ni. Nampak jelas penyesalan di wajahnya.
Asal ada topik pasal anak tak sihat ja mesti dia pun bukak cerita ni. 😣

Jadi saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama.

Saya ni masa kecik susah nak makan ubat. Sekarang pun sama ja. 😎 Jadinya bila saya demam ke apa yang kena makan ubat, perang dunia akan meletus. Dah la pitching tinggi, bergegar satu kuarters.

anaksusahmakanubat
Alkisah ada la orang bagi cadangan “Hang picit ja hidung dia, pastu tekan ubat masuk. Settle! Jadi seorang bapa muda yang takda idea nak uruskan anaknya ni pun ikutlah. Masa saya tengah meraung dengan volume paling kuat tu, abah pun buat la teknik ‘evergreen’ ni. Tiba-tiba lepas picit ubat masuk kerongkong, saya terus senyap! Tak bunyi apa-apa. 😲

laringpernafasan
Laring ialag rongga yang akan menutup saluran pernafasan semasa kita bercakap dan makan.

Ha..menggelabah la. Terus abah tonggang kepala saya kebawah, kaki ke atas. Baru tersedak keluar ubat tu. Dan saya pun sambung meraung.😁 Dan itulah kali terakhir abah ikut petua evergreen tu.

Ok, mungkin ada yang cakap aku anak 10 semua buat macam tu ok ja. Yer la, dah kena waktu ok, selamat la. Tapi kalau waktu ubat masuk tu, laring terbuka. Alamat masuk saluran pernafasan lah ubat tu. Alhamdulillah abah ada idea jugak nak buat apa bila dah tersenyap tu kan. Boleh jugak update blog kongsi cerita ni. 😄

anaksusahmakanubat
Kesimpulannya.
Kita ibubapa muda yang kurang pengalaman ni boleh dengar cadangan orang. Tapi perlu lah nilai semula. Ilmu boleh cari merata tempat sekarang. Banyak cara nak bagi anak makan ubat yang lebih selamat. Gunakan kaedah psikologi supaya anak faham kepentingan makan ubat.

Selain ubat, berusaha juga dengan rawatan alami yang lebih mudah untuk anak terima. Balm Tasneem Naturel antara pilihan rawatan alami yang memudahkan ibubapa menguruskan anak-anak sakit tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat makan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here