Kulit anak kecil yang gebu memang sensitif terhadap perubahan. Panas sikit ja naik ruam. Berpeluh-peluh lama sangat kulit boleh merah-merah dan melecet. Kena gigit nyamuk berbintat-bintat.

Masalah kulit macam ni nampak macam tak serius, tapi sebenarnya mengundang rasa tak selesa pada anak kecil. Tapi sebab belum pandai nak luahkan rasa tak selesa, hanya rengekan yang jadi peneman.

CaraHilangkanRuamPanas

Kadangkala kita sebagai ibu bukannya tak kesian, tapi serba salah nak sapu krim komersial yang kita sedia maklum mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya. Bahan kimia seperti paraben, mineral oil,  triclosan dan pewangi sintetik boleh menyebabkan iritasi terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.

Atas sebab itu Tasneem Naturel telah mengambil inisiatif mengeluarkan balm Skeenz khusus untuk bayi menggunakan bahan semulajadi dan minyak pati tumbuhan (essential oil).

Semua bahan ini diperakui selamat untuk bayi dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi ibubapa tidak perlu bimbang jika anak termakan balm ini secara tidak langsung seperti menghisap jari dan sebagainya.

Balm Skeenz mengandungi bahan premium untuk kesihatan kulit iaitu Olus oil, Beeswax, Shea butter, Octyldodecanal, Vitamin E, Argan Oil, Blackcurrant Oil, Sunflower Seed Oil, Balloon Plant dan Rosemary.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini boleh hubungi Agen Sah Tasneem Naturel seluruh Malaysia

Semua bahan ini sudah diketahui umum dapat membantu kesembuhan pada masalah kulit bayi. Dan yang lebih penting ia selamat untuk kulit bayi yang sensitif pada bahan kimia berbahaya.

Minyak Argan sudah diketahui umum banyak manfaatnya kepada kesihatan kulit.

Balm Skeenz boleh digunakan untuk masalah kulit yang ringan seperti ruam, gatal-gatal, melecet, kulit kering, gigitan nyamuk dan lebam. Ramai ibubapa berkongsi kegembiraan mereka apabila mendapat kesan positif dari penggunaan balm ini.

Menghilangkan ruam bayi

“Alhamdulillah serasi. Lepas 6 hari pakai Skeenz dah hilang ruam2 merah kat muka baby. Tak ngamuk dah”

Menghilangkan kesan gigitan nyamuk

“Memang elok pakai skeenz, kalau kena gigit nyamuk kesan merah tu mudah hilang”

Memulihkan kulit alergi

“Lepas 6 hari pakai skeenz, kulit dah tiada kesan-kesan garu. Anak jenis alergik ni tak boleh berpeluh, bergaru la”

Menghilangkan gelembung air

“Semalam hidung anak naik gelembung air, sapu skeenz hari ni dah takda gelembung. Bau pun wangi”

Dengan penggunaan yang pelbagai, balm Skeenz ini sangat perlu disimpan di setiap rumah yang mempunyai bayi dan kanak-kanak. Ia akan diperlukan tanpa mengira waktu kerana kehidupan anak kecil yang sukar di jangka.

Namun perlu difahami balm ini hanyalah untuk sapuan luar bagi masalah kulit yang ringan. Masalah kulit yang melibatkan jangkitan yang serius hendaklah dirujuk kepada doktor.

Balm ini boleh ditempah secara online boleh klik di SINI atau hubungi 0194715407.